Isnin, 11 Julai 2011

Ulangan Pengenalan Usrah


PENGENALAN USRAH

MAKSUD USRAH
 Islam memandang sangat mustahak pembentukan ikatan perpaduan untuk penganutnya. Ikatan itu dinamakan usrah. Melalui usrah kita dapat memimpin penganut Islam ke  arah contoh-contoh pujian yang tinggidi samping mengukuhkan ikatan yang sedia ada. Selain itu, mutu ukhuwwah antara sesame ahli boleh ditingkatkan iaitu dengan merealisasikan teori dalam perbuatan dan amalan. Oleh itu kita hendaklah memandang berat perkara ini dan bersedia untuk menjadi batu bata yang sihat lagi berguna kepada bangunan keluarga bentukan yang mulia ini, iaitu keluarga Islam.

RUKUN USRAH
 Rukun ikatan usrah ini tiga perkara iaitu berkenalan, bersefahaman, dan berimbangan. Kita hendaklah memngambil berat perkara ini dan bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan itu tidaklah semata-mata menjadi beban yang tidak bererti.

Ø         Berkenalan (taaruf)
Rukun usrah yang pertama ialah taaruf antara satu sama lain. Ahli usrah hendaklah berkenal-kenalan dan berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama. Kita hendaklah memahami pengertian dan hakikat ukhuwwah sejati. Elakkanlah perkara yang boleh mengeruhkan ukhuwwah itu. Hal ini boleh dilakukan dengan sentiasa menjunjung titah firman Allah Subhaanahu waTaaala dan hadith rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Jadikan firma Allah Subhaanahu wa Taaala sebagai perkara yang wajib diutamakan.
Antara firman Allah dan hadith Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ialah:
  Orang-orang Mukmin itu bersaudara-mara.
(Al-Hujurat; 26-10)
  Berpeganglah dengan tali Allah semuanya dan janganlah kamu berpecah belah.
(Ali-Imran; 3:103)
  Orang Mukmin bagi orang Mukmin itu laksana bangunanyang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain.
  Orang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya.
  Perbandingan orang-orang Mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka, dan dalam simpati mereka adalah laksan badan yang satu.

Ø         Bersefahaman (tafahum)
Kita hendaklah berpegang pada kebenaran dengan mengerjakan apa-apa yang diperintahkan Allah dan meninggalkan apa yang dilarangNya.periksalah diri sendiri dengan sehalus-halusnya sama ada diri kita benar-benar mentaati perintah Allah atau terlibat dengan arena kederhakaan. Setelah memeriksa diri sendiri, kita hendaklah nasihat menasihati antara satu sama lain apabila kelihatan ada sesuatu yang cacat.
Rakan yang dinasihati itu hendaklah bersikap terbuka dan sanggup menerima nasihat daripadanya. Pemberi nasihat pula janganlah berubah hati terhadap sahabat yang tersilap itu walau sejarak sehelai rambut sekalipun.
Nasihat hendaklah diberi dengan cara baik tanpa memandang rendah sahabat yang dinasihati itu. Pemberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia. Sembunyikanlah kesilapan sahabat itu daripada pengetahuan naqib selama lebih kurang sebulan. Ceritakanlah kepada naqib apabila anda tidak berdaya untuk membaikinya. Namun demikian, jangan sekali-kali tawar hati terhadap sahabat yang silap itu. Sebaliknya teruskanlah kasih sayang anda terhadapnya sehingga Allah melakukan apa-apa perubahan yang dikehendakinya.
Sahabat yang diberikan nasihat pula janganlah keras kepala. Janganlah juga berubah hati walau sejarak sehelai rambut sekalipun terhadap si pemberi nasihat. Fahamilah bahawa martabat kasih sayang Allah itu adalah setinggi-tinggi martabat bagi pengertian kasih sayang di kalangan umat manusia. Nasihat pula adalah satu dasar yang amat penting di dalam agama Islam. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: Agama itu nasihat. Oleh itu, perhatikanlah dalam-dalam pengajaran yang mulia dalam hadith ini mudah-mudahan Allah memberi rahmatNya kepada kita.
     
Ø         Berseimbangan (takaful)
Rukun usrah yang ketiga ini bermaksud memelihara nasib sesame sendiri agar tiada sahabat yang terbiar atau terlantar. Amalkan rukun ini dengan bersungguh-sungguh, iaitu dengan cara menolong memikul bebanan sesame sendiri. Takaful merupakan tunjang iman dan inti sari ukhuwwah sejati. Takaful boleh dijelmakan dengan cara bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarahi, berganti-ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong antara satu sama lain sedaya upaya.
Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud: Kalau seseorang daripada kamu berjalan keran hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya daripada ia beriktikaf sebulan di dalam masjidku.
Sabda Baginda lagi: Sesiapa yang memberi kegembiraan kepada keluarga sesebuah rumah orang Muslim nescaya tidak lain yang dibalas Allah melainkan n syurga.

PERINGATAN
Dua perkara yang perlu dititik beratkan ialah kehadiran dan pengisian tabung usrah.Setiap anggota usrah hendaklah menghadiri setiap pertemuan yang telah dijadualkan walau bagaimana uzur sekalipun. Setiap anggota usrah hendaklah menunaikan kewajipannya untuk tabung usrah di cawangan usrahnya. Apabila dapat menunaikan kewajipan yang bersifat perseorangan, kemasyarakatan, dan kewanagn seperti di atas, maka rukun usrah akan terlaksana dengan jayanya. Sebaliknya, jika dicuaikan, maka segala rukun dan peraturan itu akan beransur-ansur mundur dan kahirnya terus mati. Dengan matinya peraturan usrah yang baik ini, gerakan dakwah akan rugi dengan serugi-ruginya sedangkan gerakan dakwah sangat diperlukan dan menjadi tempat harapan bagi ummat Islam seluruhnya.

KANDUNGAN USRAH
Apakah yang perlu dilakukan dalam setiap pertemuan mingguan usrah yang menepati maksud, rukun dan peringatan di atas? Jawapannya mudah: kita mempunyai banyak kewajipan sedangkan masa kita terlalu sedikit. Oleh itu pertemuan mingguan hendaklah dipenuhkan dengan perkara-perkara yang berikut:
Ø         Membentangkan kesulitan
Setiap anggota membentangkan kesulitan masing-masing. Bagi perhatian terhadap kesulitan yang diluahkan oleh rakan kita dan berusahalah mengatasinya. Lakukan hal ini dalam suasana ukhuwwah sejati dan dengan niat kerana Allah. Dengan demikian daapatlah diperkuatkan lagi asas saling percaya mempercayai dan tali hubungan ukhuwwah dapat diperkukuhkan.
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermkasud, Orang Mukmin itu cermin bagi saudaranya. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam lagi yang bermaksud, Perbandingan orang mukmin dalam erti kata timbang rasa simpati mereka adalah laksana badan yang satu, iaitu apabila mana-mana anggota mengadukan hal, turut menangguhkan seluruh anggota badan dengan berjaga malam dan merasai demam.

Ø         Bermuzakarah
Anggota usrah hendaklah bermuzakarah iaitu bertukar-tukar fikiran dalam urusan Islam. Teliti risalah yang diedarkan oleh pucuk pimpinan kepada seluruh cawangan usrah. Elakkan pertengkaran atau bertikam lidah kerana semuanya itu adalah haram menurut undang-undang usrah. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar batas span santun yang sempurna dan dengan cara harga-menghargai buah fikiran yang datang daripada semua pihak dalam muzakarah itu. Apabila hendak ditutup satu-satu perbincangan, atau hendak dibuat keputusan mengenai apa-apa cadangan, atau hendak diberi penjelasan lanjut mengenai cadangan yang hendak ditimbangkan, maka perkara itu hendaklah diserahkan kepada naqib supaya beliau lebih sempat terlebih dahulu mengemukakan kepada pucuk pimpinan.
Jangan buat keputusan dengan cara terburu-buru. Allah mencela ummat manusia yang bersikap terburu-buru dengan firmanNya yang bermaksud: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu perkara tentang keamanan atau ketakutan maka mereka pun terus mencanangkannya. Setelah  Allah Subhaanahu wa Taaala mencela mereka yang berperangai begitu maka Allah tunjukkan pula apa-apa yang mesti dilakukan apabila tersua dengan suasan seperti itu dengan firmaNya yang bermaksud: Kalaulah mereka kembali kepada Rasul dan pihak berkuasa antara mereka sendiri nescaya orang-orang yang menimbangkannya itu mengetahui hakikatnya

Ø         Kajian buku
Adakan studi (penilitian) terhadap sebuah kitab yang bermutu. Jelmakan studi dalam kehidupan harian walaupun hanya sekadar mengamalkan bermuka manis. Panduan daripada buku boleh disampaikan dalam taklimat sesuatu projek seperti menziarahi orang sakit, menolong orang-orang yang berhajat (walaupun sekadar dengan kata0kata yang baik), mencari dan bertanyakan hal tentang bebanan anggota yang terputus rezeki. Semua itu dapat mengukuhkan algi tali ukhuwwah dan melipatgandakan perasaan kasih sayang dalam hati masing-masing.

Ø         Aktiviti sokongan
Untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama sendiri, kita hendaklah mengadakan rehlah, lawatan, aktiviti lasak seperti mendayung sampan, mendaki gunung dan berbasikal. Kita hendaklah mengadakan aktiviti khusus seperti berpuasa (seminggu sekali atau dua kali), solat subuh berjamaah dan qiyamullail.


ENAM PEGANGAN

Landasan Nabi-nabi yang telah lalu ialah orang-orang yang menyampaikan risalah Allah, serta mereka takut melanggar perintahNya dan mereka tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah. Dan cukuplah Allah menjadi penghitung (akan segala apa yang dilakukan oleh makhluk-makhluk untuk membalasnya.)
(Al-Ahzab; 27:39)
Lihat juga As-Saba; 34:46-50

*         Agama hanya dapat dirasakan oleh sesiapa yang menegakkannya dalam dirinya.
*         Bahagia dan saadah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.
*         Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan.
*         Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah Subhaanahu wa Taaala.
*         Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan kerana makna dan guna hidup terletak pada keyaqinan perjuangan.
*         Belajar memanfaatkan diri guna kepentingan cita dan agama.
srah

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Blogroll

Anda Pengunjung ke

View My Stats

Site Info

Text

Misri Hj Bohari Blog Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template