|
Unit ini mengandungi LIMA
tajuk;
1.1: Pengenalan
1.2: Pengertian Tamadun Dalam Pelbagai Bahasa
1.3: Tamadun Menurut Sarjana Barat dan Sarjana
Islam
1.4: Ciri-ciri Asas Tamadun
1.5: Faktor-faktor yang Mendorong Kelahiran Dan
Perkembangan Tamadun.
Hasil Pembelajaran
Di akhir pelajaran pelajar-pelajar
dapat;
1.
Membincangkan mengenai tamadun dalam pelbagai sudut oleh para sarjana.
2.
Membincangkan ciri-ciri penting sesebuah tamadun,hubung kaitnya dengan aspek
jasmani dan rohani.
3.
Membezakan antara tamadun.
1.1- Pengenalan
Perkataan “tamadun” sering
digunakan untuk mengambarkan kemajuan kebendaan ( material) sesebuah
masyarakat. Perkataan ini mula diperkenalkan oleh seorang penulis Kristian ( Jurji
Zaidan ) yang menulis tentang sejarah Islam dan sastera Arab. Perkataan
ini telah diterimapakai sebagai perbendaharaan kata bahasa Melayu sejak
zaman berzaman. Segelintir manusia masih lagi hidup dalam keadaan amat dhaif,
namun pada umumnya dunia hari ini telah menempa sejarah tamadun yang
tinggi. Ini terbukti dengan gaya hidup yang cemerlang, kemudahan yang canggih,
kemajuan sains teknologi yang hebat, teknologi maklumat yang mengkagumkan dan
sebagainya. Ini di tinjau dari sudut fizikal. Bagimanapula dengan spiritual?
Sikap, pegangan, nilai-nilai akhlak dan moral?. Hal ini masih boleh
diperbincangkan panjang lebar. Walaupun begitu ada baiknya kita bincangkan
apakah dia pengertian perkataan tamadun telebih dahulu.
1.2- Pengertian Tamadun Dalam
Pelbagai Bahasa
Bahasa Latin : Civitas, civilis, civis dam civilitas =
Civilization. Bererti warganegara, undang-
undang dan sistem pemerintahan Rom.
undang dan sistem pemerintahan Rom.
Bahasa Greek : Kei yang bererti kediaman (rumah) dan
sesuatu yang. datang kepada kita. Keimelion bererti khazanah atau harta yang.
disimpan.
Bahasa Inggeris : Civilize bererti memperbaiki tingkahlaku,
menjinakkan dan menyelaraskan
mengikut keperluan masyarakat. Ia juga bererti keluar dari kehidupan barbarian (primitif)
kpd. kehidupan yang. baik yakni mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan.
mengikut keperluan masyarakat. Ia juga bererti keluar dari kehidupan barbarian (primitif)
kpd. kehidupan yang. baik yakni mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan.
Bahasa Tamil : Nakarikam, nakar ialah kota dan ikam pula
ialah pembentukan bandar.
Bahasa Cina : Wen Ming, Ming bererti cerah atau
bercahaya. Jg. merujuk kpd. unsur-unsur
material dan spiritual yang. muncul drpd. pencapaian sejarah perkembangan manusia.
material dan spiritual yang. muncul drpd. pencapaian sejarah perkembangan manusia.
Kedua-dua Bahasa Tamil dan cina
menyentuh tentang tingkahlaku yang baik.
Bahasa Arab : Tamadun berasal dari perkataan Arab “maddana,
yamuddunu, madinatan” Madani adalah sifat nama yang membawa yang
membawa erti sifat pembangunaan, atau perbandaran serta keadaan budi bahasa
yang terpuji. Ini bererti pembangunan sifat kekotaan dan insaniah di dalam
diri. Lawan kepada sifat tersebut ialah “Badw” yang bererti kehidupan
badwi. Nama Kota Madinah kepada suatu tempat yang dahulunya dinamakan Yathrib.
Perkataan-perkataan lain yang biasa digunakan dalam bahasa Arab ialah thaqafah,
madaniyat, umran dan hadharah.
Thaqafah dalam Bahasa Arab bermaksud kebudayaan. Menurut Kart
Wittfogel dalam bukunya Approaches to Asian Civilization, iaitu
ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu negara berdasarkan
pemikiran dan kepercayaan. Dan Arnold Toynbee menerusi bukunya, A
Study of History menjelaskan bahawa tamadun sebagai sejenis kebudayaan yang
berkembang di dalam kota.
Madaniyat dalam Bahasa Arab bermaksud kota-kota. Profesor
Madya Dr. Lutfi Ibrahim menyatakan bahawa madaniyat ialah
kemajuan yang dicapai oleh satu-satu bangsa di dalam membangun dan memodenkan
diri mereka agar dapat duduk di tahap yang lebih tinggi. Iaitu pencapaian dari
segi kebendaan seperti alat teknologi dalam pertanian, pengeluaran,
pengangkutan dan sebagainya, seni bina dan lain-lain lagi. Ia merupakan
hubungan dengan alam sekitarnya yang bersifat kebendaan. Ia juga bersumberkan
wahyu. Abu Nasir al-Farabi ( abad 11M ) telah memperkenalkan
istilah al-madaniyat dalam kitabnya, Al-Siasah Al-Madaniyat
yang membawa maksud kota, kehidupan yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak.
Istilah ini juga digunakan oleh Muhammad Farid Wajdi dalam
kitabnya Al-Madaniyat wa al-Islam ( abad 20M ). Dan juga digunakan oleh Syeikh
Muhammad Abduh di dalam risalahnya Al-Islam wa al-Nas wa al-‘Ilmu wa
al-Madaniyat dan Tafsir al-Mannar.
Umran dalam Bahasa Arab bermaksud bangunan atau perbandaran.
Istilah ini telah digunakan oleh Ibnu Khaldun di dalam kitabnya, al-Muqaddimah
( abad 14M – 19M ).
Hadharah dalam Bahasa Arab bermaksud kebudayaan. Menurut Ibnu Khaldun
hadharah ialah sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau
kota atau wilayah dan tanah pertanian. Istilah ini telah digunakan oleh Kurdi
Ali dalam kitabnya, Al-Islam wa al-Hadharah al-Arabiah. M.A.J Beg dalam
bukunya The Image of Islamic Civilization, menjelaskan bahawa hadharah
dan umran mempunyai pengertian yang sama. Istilah umran
lebih popular digunakan dalam abad 14M manakala hadharah dalam
abad 20M. Menurut Dr. Lutfi Ibrahim, hadharah ialah
merupakan pencapaian dalam hal kerohanian seperti pemikiran dan sebagainya yang
berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Ini merupakan hubungan manusia dengan
manusia yang bersumberkan wahyu.
Kamus Dewan mendifenisikan tamadun
sebagai keadaan kemajuan kebendaan atau pemikiran, budaya
,sosial , politik, beradaban dan dan lain-lain (Teauku Iskandar : 1994).
Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf perkembangan pemikiran
(sosial & budaya) yang tinggi - peradaban. Negara dan penduduknya yang
telah mencapai taraf perkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang tinggi.
Budaya hidup atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman)
tertentu. Keadaan pemikiran (budaya & sosial) yang halus.
Beberapa perkataan yang biasa
digunakan dalam bahasa inggeris ialah Culture, Reneissance,
Urbanization, dan Civilazation. Adakah semua perkataan itu menyamai makna
perkataan tamadun dalam bahasa Arab?
Umumnya memang terdapat perbezaan
antara perkataan tersebut yang mencakupi makna dan skop perbahasan mengenainya
walaupun ada ciri dan perkaitan di antara satu sama lain. Culture, Urbanization
dan Reneissance mempunyai makna yang sempit dan Civilization
di anggap mencakupi ketiga-tiga makna tersebut.
Berhenti sejenak dan fikirkan.
|
Lihat pula zaman Nabi Nuh as. Tentu
anda tahu kemajuan yang telah dicapai pada masa itu. Ceritakan dengan
rakan-rakan anda. Bagaimana pula pencapain dunia masa kini? Buat suatu kesimpulan
tentang ketamadunan manusia.
1.3- Tamadun Menurut Sarjana
Barat dan Sarjana Islam
1.3.1- Tamadun Menurut Sarjana
Barat
a) Arnold Toynbee
Tamadun ialah sejenis kebudayaan
yang berkembang di kota. Beliau menambah lagi tamadun ialah satu gaya
kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan,
agama dan moral. (Mustafa Haji Daud: Tamadun Islam) atau dengan kata lain
tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah
hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu
bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.
b) A.S. Hornby dan E.C. Parnwell
Menyatakan dalam bukunya “The
Progressive English Dictionary” tamadun bermaksud “meningkatnya
pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang
sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya.
c) J. R. Strayer
Menerangkan dalam bukunya “ The
Mainstream of civilization” menjelaskan perkataan tamadun amat ramat hubungan
dengan perbandaran. Beliau mengatakan tamadun Itu lahir di bandar.
(Mustafa Haji Daud: Pengantar tamadun Islam
d) J.K. Fiebleman
Tamadun ialah kepandaian
mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses
masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi
sesuatu keperluan.
e) E.B. Taylor:
Tamadun ialah suatu rangkaian rumit
yang merangkumi aspek-aspek keilmuan kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral,
perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.
f) Oswarld Spengler
Tamadun Barat lebih mementingkan
kebendaan, kerana kebendaan itu membawa kepada kemajuan.
g) Will Durat :
Tamadun ialah peraturan masyarakat
yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi
empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.
1.3.2- Tamadun Menurut
Sarjana Islam
a) Ibnu Khaldun
menerangkan tamadun ialah sekumpulan
manusia yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai perbekalan ekonomi yang mencukupi,
keselamatan nyawa dan harta yang terjamin yang membolehkan mereka
mencapai kemajuan dalam berbagai
bidang.
b) Muhammad Idris Abdul Rauf
al-Marbawi
mengatakan tamadun
bermaksud kehalusan budi pekerti orang yang hidup di kota yang memiliki
peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan,
kemakmuran dan penghasilan teknologi yang sempurna.
c) Muhammad Rasyid Redha
Agama adalah asas tamadun, Ini
kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebanyakan fizikal.
Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama.
Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan
pegangan agama atau sebaliknya.
d) Sayyid Qutb :
Tamadun Islam ialah segala bentuk
kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat.
e)Said Hawa
Tamadun secara umum terbahagi kepada
dua kategori iaitu tamadun Islam dan tamadun Jahiliah. Tamadun Islam ialah
segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya
relevan dengan kebudayaan itu. Manakala Tamadun Jahiliah pula ialah segala
kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira
aspek kerohanian dan moral.
f) Umar Audah al-Khatib
Tamadun ialah himpunan ilmu
pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan
pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan.
g) Muhammad al-Bahiy
Tamadun ialah keseluruhan
penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama
ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan
lain-lain.
1.3.3- Ciri-ciri Asas Tamadun
1. Wujud penempatan masyarakat
manusia di kawasan tertentu (Kota, bandar, kepolisan…)
2. Peningkatan kualiti kehidupan dan
jangka hayat.
3. Wujud sistem organisasi dan
institusi sosial dlm bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang
sempurna.
4. Muncul satu bahasa atau beberapa
bahasa serumpun dengan satu sistem tulisan tersendiri untuk berkomunikasi.
5. Wujud sistem perundangan dan
sistem nilai/moral yang berkuatkuasa.
6. Peningkatan daya reka cipta dlm
bidang teknologi & pembinaan.
7. Perkembangan daya kreativiti
dalam bidang falsafah, kesenian, kesusteraan dan nilai estitika yang
tersendiri.
1.3.4- Faktor-faktor yang mendorong
kelahiran dan perkembangan
1. Kedudukan yang strategik
memungkinkan pengunaan sumber semulajadi demi kelangsungan kehidupan.
2. Rangsangan keagamaan dan
kerohanian.
3. Penghayatan yang tinggi terhadap
moral dan nilai yang terpuji.
4. Kesengsaraan hidup; Tamadun
Jepun.
5. Keterbukaan dan toleransi
terhadap sumbangan tamadun yang lain.
Kesimpulan
Perkataan kebudayaan mengikut
keterangan yang dikemukakan oleh setengah sarjana adalah sama dengan maksud
tamadun. Manakala pendapat yang lain pula mengatakan kebudayan ada
sedikit perbezaan dengan tamadun dan berdasarkan pengertian-pengertian yang
dinyatakan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari perspektif yang meliputi
pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan petempatan dan
kemudahan yang sempurna. Dalam sejarah Islam tiga istilah digunakan iaitu
madaniyyah, ‘umran dan hadharah yang. menggambarkan pencapaian umat Islam dalam
pemurnian aqidah, perlaksanaan syariah, kecemerlangan dan ketinggina akhlaq
disamping ketrampilan dalam keilmuan dunia dan agama dan kemajuan kebendaan
berteraskan agama.
Janakan kefahaman anda
dengan menyiapkan latihan berikut
|
Aktiviti 1
Nyata maksud “tamadun”
dan huraikan ciri-ciri Asas Tamadun.
Perkataan “Tamadun” bermaksud;
Bahasa Latin
: _________________________________________________________
Bahasa Greek
:
_________________________________________________________
Bahasa Inggeris
:__________________________________________________________
Bahasa
Tamil
:_________________________________________________________
Bahasa Cina
:_________________________________________________________
Ciri-ciri Asas Tamadun
- ___________________________________________________________________________________________________________________________________________
- ___________________________________________________________________________________________________________________________________________
- ___________________________________________________________________________________________________________________________________________
- ___________________________________________________________________________________________________________________________________________
- ___________________________________________________________________________________________________________________________________________
- ___________________________________________________________________________________________________________________________________________
Aktiviti 2
Apakah perbezaan di antara konsep
tamadun mengikut kacamata Islam dengan perspektif Barat.
Perbezaan di antara konsep Tamadun
Islam dengan Tamadun Barat.
Islam
|
Barat
|
1.
|
|
2.
|
|
3.
|
|
4.
|
|
5.
|
Rumusan
1. Tamadun berasal
dari perkataan Arab, madana yaudunu madinatan dan lahir sifat kata
tamadunan. Tamadun dalam Bahasa Melayu ialah keadaan
kemajuan kebendaan atau pemikiran, budaya ,sosial , politik, peradaban
dan dan lain-lain. Dalam bahasa Inggeris pula perkataan yang biasa
digunakan ialah Culture, Reneissance, Urbanization,
dan Civilazation.
2. Sejarah
ketamadunan manusia bermula seawal kewujudan Adam dan sentiasa ada
peningkatan dari satu tahap kesatu tahap dan tidak akan terhenti.
3. Ramai tokoh
yang memperkatakan tentang tamadun Islam sama ada atau penulis Barat
mengikut kacamata dan kecenderungan masing-masing.
4.
Kesimpulanya Tamadun dapatlah dikatakan sebagai suatu perubahan atau
pembangunan atau kemajuan yang berlaku dalam setiap bidang kehidupan masyarakat
samada berbentuk fizikal, peraturan, pentadbiran atau sebagainya dan
juga pembangunan spiritual. Tamadun mementingkan kedua-dua aspek kehidupan
namun pembangunan akhlak dan spiritual adalah diutamakan.
0 ulasan:
Catat Ulasan