Jumaat, 20 Ogos 2010

Kisah Iktibar : Anak Saidina Umar dihukum sebat 100 kali

Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah. Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan dan hormat kepadanya.

Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar. Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah.

Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu penyakit yang dideritainya selama kira-kira setahun. Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya penyakit tersebut dapat disembuhkan.

Sebagai mensyukuri dan tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah itu menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.

Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi pagar kaum Bani Najjar. Dia ternampak seorang perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila perempuan itu mengetahuinya dia berusaha untuk melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka dan mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan.

Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu dibawa ke Masjid Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab.

"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku."
Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata lagi: "Anak damit ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu Syahamah."

Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau haram?"

Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul Mukminin, Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, daripada pihak aku anak ini halal dan daripada pihak Abu Syahamah, anak ini haram."

Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh perempuan ini berterus terang.
Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan anak itu.

Sayyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu sehingga menitiskan air mata.
Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai perempuan jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi orang Arab ) , ceritakanlah perkara yang sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan sebenar-benarnya dan seadil-adilnya."

Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin, penjelasan apa yang tuan kehendaki daripadaku? Demi Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan aku sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an."

Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur'an dan perempuan itu pun bersumpah bermula dari surah al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah dari darah daging anakmu Abu Syahamah."
Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi Allah engkau telah berkata benar." Kemudian beliau berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di sini sehingga aku kembali."
Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil membawa wang dan kain untuk diberikan kepada perempuan malang itu: "Wahai jariyah, ambillah wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya, maka ambillah sewaktu berhadapan dengan Allah nanti." Perempuan itu pun mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya.

Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku kembali."
Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah yang ketika itu sedang menghadapi hidangan makanan. Setelah mengucap salam dia pun berkata: "Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita makan sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir bekalanmu untuk kehidupan dunia."

Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut seraya berkata, "Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa inilah hari terakhir bekalanku untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas Penglihatannya." Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu majlis di perkampungan Yahudi dan mereka telah memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk? Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi perkampungan Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah anakku, kalau tidak engkau akan binasa."
Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan perasaan malu sambil diam membisu. Dengan perlahan beliau membuat pengakuan: "Memang benar aku lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu."

Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."
Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian lama menunggu.

"Mengapa ayahanda melakukan ini?" Tanya Abu Syahamah.
"Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia supaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat kelak," jawab Sayyidina Umar dengan tegas.
Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku, aku mohon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini, jangan malukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayahmu."
Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: "Siapakah di belakangmu wahai Amirul Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi."
Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya (hambanya): "Wahai Muflih, pukullah anakku Abu Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit, jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan kerana Allah."

Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu akan memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan: "Wahai ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku."
Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih panas dari jasadmu."
Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak sepuluh rotan lagi. Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan."

Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan."
Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon kepadamu dengan nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat bertaubat."
Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai aku menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama ini lagi."
Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi.

Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air."

Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air minum."

Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Abu Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku."

Sayyidina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai anakandaku, kalau aku kasihankan kamu di dunia, maka engkau tidak akan dikasihani di akhirat."

Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali sebatan. Abu Syahamah dengan nada yang lemah berkata: "Wahai ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan aku begini sebelum aku mati?"

Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku, aku akan hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di akhirat nanti."

Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu Syahamah berkata; "Wahai ayahandaku, rasanya seperti sudah sampai ajalku....."

Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai anakandaku, jika engkau bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku kepadanya, katakan bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati."

Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus menyuruh Abu Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali rotan. Setelah itu Abu Syahamah dengan kudrat yang semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para hadirin: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, mengapa kamu tidak meminta pada ayahandaku supaya memaafkan aku saja?"

Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri Sayyidina Umar dan berkatas: "Wahai Amirul Mukminin, hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia."

Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 ::



Maksudnya:


"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. "




Mendengar penjelasan Sayyidina Umar itu, sahabat Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu Sayyidina Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh sebatan lagi.
Akhirnya Abu Syahamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehingga hari kiamat.

Kemudian berkata Sayyidina Umar: "Wahai Muflih, pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih pun meneruskan pukulan untuk ke seratus kalinya.

"Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu," perintah Sayyidina Umar apabila melihat anaknya tidak bergerak lagi. Setelah itu Sayyidina Umar mengisytiharkan: "Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu Syahamah telah pergi menemui Allah." Mendengar pengumuman itu ramailah umat Islam datang ke masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara mereka sedih dan terharu, malah ramai yang menangis melihat peristiwa tersebut.

Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin al-Khattab al-Khalifatul Rasyid umumnya masyarakat berpendapat kematian Abu Syahamah adalah disebabkan oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina Umar Radhiallah 'Anhu.

Setelah selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan, pada malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi bertemu dengan Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam yang wajah baginda seperti bulan purnama, berpakaian putih manakala Abu Syahamah duduk di hadapan baginda dengan berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata: "Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan salamku pada Umar dan beritahu kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap kebajikannya kerana tidak mencuai-cuaikan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa bilik di dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu Syahamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa.

Sumber :http://usrahkuis.blogspot.com/2010/07/kisah-zina-anak-saidina-umar-ibnu.html
Continue Reading...

Isnin, 31 Mei 2010

Kisah Benar : Aku Ingin Gadis Buta, Bisu & Tuli

DEDIKASIKAN CERITA INI PADA SEMUA YANG BERGELAR WANITA...

Ini cerita tentang adikku Nur Annisa, gadis yang baru menginjak dewasa namun agak keras dan tomboy. Pada saat umur adikku menginjak 17 tahun, perkembangan dari tingkah lakunya agak mengkhuatirkan ibuku, banyak teman lelakinya yang datang ke rumah dan itu tidak menyenangkan ibuku sebagai seorang guru agama.

Untuk mengelakkan hal itu ibuku menyuruh adikku memakai tudung, namun selalu ditolaknya hingga timbul pertengkaran-pertengkaran kecil diantara mereka. Pernah sekali adikku berkata dengan suara yang agak keras "Mama cuba lihat, jiran sebelah anaknya pakai tudug namun kelakuannya tak banyak beza pun, malah kawan-kawan Ani yang disekolah yang pakai tudung selalu keluar dengan lelaki-lelaki, sering jalan-jalan. Namun Ani tidak pernah buat macam tu pun". Apabila sudah seperti itu ibuku hanya mengelus dada, kadangkala di akhir malam kulihat ibuku menangis,sayu mendengar doanya "Ya Allah, tunjukkan Ani dengan hukum Engkau".

Pada satu hari berhampiran rumahku, ada jiran baru yang baru pindah. Satu keluarga mempunyai enam anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, aku kenal dengannya waktu di masjid.

Setelah beberapa lama mereka pindah timbul desas-desus mengenai isteri Abu khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga digelarkan si buta, bisu dan tuli. Hal ini terdengar pula oleh adikku, dan dia bertanya sama aku "bang, betul ker yang baru pindah itu isterinya buta, bisu dan tuli?". Terus aku jawab sambil berlalu "kalau kamu nak tau, datang jelah ke rumahnya". Tak ku sangka adikku betul-betul datang kerumahnya. Sekembalinya dari rumah jiranku, kulihat perubahan yang drastik pada wajahnya, wajahnya yang biasa cerah tidak pernah muram atau lesu menjadi pucat.

Entah apa yang terjadi..?

Namun tidak kusangka selang dua hari kemudian dia meminta pada ibuku untuk di buatkan tudung, yang labuh lagi dengan jubah panjang. Aku sendiri jadi bingung. Aku tambah bingung bercampur syukur kepada Allah SWT kerana kulihat perubahan yang ajaib.

Ya, kubilang ajaib kerana dia berubah secara total. Tidak banyak lagi lelaki yang datang kerumah atau teman-teman wanitanya untuk sekadar berborak kosong. Kulihat dia banyak merenung, banyak membaca majalah islamik, yang kebiasaannya dia suka membeli majalah hiburan malah kulihat ibadahnya pun melebihi aku. Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur’annya, solat sunatnya. Dan yang lebih menakjubkan lagi, apabila rakanku datang dia menundukkan pandangan. Segala puji bagi Engkau ya Allah SWT jerit hatiku..

Tidak berapa lama aku mendapat panggilan kerja di Kuala Lumpur, kerja di satu syarikat minyak. Dua bulan aku bekerja disana aku dapat khabar bahawa adikku sakit tenat hingga ibuku memanggilku untuk pulang ke rumah. Di pesawat aku tak henti berdoa kepada Allah SWT agar adikku diberi kesembuhan, namun aku hanya berusaha. Ketika aku tiba di rumah, di depan pintu sudah banyak orang. Tak dapat kutahan lantas berlari masuk kedalam rumah.

Kulihat ibuku menangis...

Aku langsung menghampiri dan memeluk ibuku. Sambil tersekat-sekat ibuku memberitahuku, "hadi, adikkmu dapat mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya", tak dapat kutahan linangan air mata ini...

Setelah selesai acara pengebumian dan urusan lainnya, terus aku masuk ke bilik adikku dan kulihat diari diatas mejanya. Diari yang selalu dia tulis, diari tempat dia menghabiskan waktunya sebelum tidur sewaktu adikku masih hidup, kemudian kubuka selembar demi selembar, hingga tertuju pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul dihatiku.

Perubahan yang terjadi ketika adikku baru pulang dari rumah Abu Khoiri. Disitu kulihat soal jawab antara adikku dengan isteri dari jiran tetanggaku.

(kulihat dilembaran itu banyak bekas airmata)

Annisa: aku tergamam (wajah wanita ini cerah dan bersinar layaknya seperti bidadari). kakak, wajah kakak sangat muda dan cantik.

Isteri jiran : Alhamdulillah, sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa: tapi akak kan dah ada 6 orang anak tapi masih kelihatan cantik.


Isteri jiran: Subhanallah, sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT dan bila Allah SWT berkehendak, siapakah yang dapat menolaknya..

Annisa: Akak, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, namun saya selalu menolak kerana saya pikir tiada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya menjaga akhlak dan saya lihat banyak wanita memakai tudung namun kelakuannya lebih teruk melebihi kami yang tidak memakai tudung hinggakan saya tidak pernah ingin untuk memakai tudung. Bagaimana pandangan akak?!?

Isteri jiran: Annisa ku sayang, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah hijab untuk wanita..

Annisa: Tapi kak yang saya lihat banyak wanita bertudung yang kelakuannya tidak sopan..

Isteri jiran: Tudung hanyalah kain, namun hakikat atau erti dari bertudung itu sendiri yang harus kita fahami.

Annisa: apa itu hakikat tudung kak?

Isteri jiran: Hakikat tudung adalah hijab lahir batin, hijab mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, hijab lidah kamu dari berghibah dan berkata sia-sia. Usahakan selalu berzikir kepada Allah SWT, hijab telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu maupun masyarakat, hijab hidungmu dari mencium-cium segala yang berbau busuk, hijab tangan-tangan kamu dari berbuat yang tidak senonoh,hijab kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, hijab fikiran kamu dari berfikir yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, hijab hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah faham maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.

Annisa: Akak, saya dah jelas sekarang tentang erti bertudung, mudah-mudahan saya mampu untuk memakai tudung. Namun bagaimana aku mampu melaksanakan semuanya???

Isteri jiran: Sayangku Nisa, apabila kamu memakai tudung itulah kurnia dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat, bila kamu mensyukuri rahmat itu kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan tudung hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Annisa, ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan. Ketika ditiup terompet yang kedua kalinya pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang sangat luas tanpa batasan, yang tanahnya dari logam yang panas, tidak ada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh nabi ketakutan, ketika ibu tidak memperdulikan anaknya, anak tidak memperdulikan ibunya, sanak saudara tidak kenal satu sama lain lagi, kekadang satu sama lain boleh menjadi musuh, satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing-masing hanya mempedulikan nasib dirinya,dan pada saat itu ada yang berkeringat kerana rasa takut yang luar biasa hingga menenggelamkan dirinya, dan rupa-rupa bentuk manusia bermacam-macam bergantung dari amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, badan yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.

Menangis kerana hari itu Allah SWT murka..!!! SANGAT MURKA..!!

Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.. Hingga ribuan tahun manusia didiamkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara, itulah hari Hisab..!!

Annisa, apabila kita tidak berusaha untuk beramal dihari ini, entah dengan apa nanti kita menjawab bila kita di hakimi oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. Allah SWT..

Sampai disini aku baca diari nya kerana kulihat banyak terhenti dan banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.

Subhanallah, ku selak lembar berikutnya dan kulihat tulisan tercoret dengan tulisan kecil di bawahnya,

"buta, tuli dan bisu"- wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah ingin mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.

Tak tahan airmata ini pun jatuh...

Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amiin..

Daripada : Khyrul Hycal Attawawi
Continue Reading...

Khamis, 20 Mei 2010

Secebis Kisah Guru : Pengorbanan Guru

Terpaksa naik perahu, meredah ombak Laut Sulawesi untuk ke sekolah

ALUNAN ombak Laut Sulawesi di celahan puluhan pulau terpencil di daerah Semporna, Sabah tidak pernah menjanjikan kebahagiaan untuk golongan pendidik dari Semenanjung atau dari wilayah lain. Pada ketika angin dari pelbagai penjuru mengubah wajah ombak menjadi gulungan ganas menghempas perahu, mahu saja si pendidik meninggalkan pulau terpencil itu untuk pulang ke Semenanjung sambil melupakan khidmat bakti yang harus dicurahkan kepada anak nelayan. Namun, tautan tugas sebagai pendidik menuntut mereka mengetepikan desakan nurani untuk meninggalkan bumi Semporna. Kemurnian tugas mendidik anak bangsa membuatkan mereka harus tabah menghambakan diri kepada tugas meskipun hati terasa berat untuk meneruskan perjuangan membela nasib anak bangsa.

Meskipun terpaksa menempuh ombak Laut Sulawesi untuk menjejakkan kaki di Pulau Bait, kira-kira tujuh batu nautika dari tanah besar di Kampung Tanjung Kapor, Semporna, si pendidik dari pelbagai negeri di Semenanjung tidak mudah mengalah.

Walaupun terpaksa bermandi peluh dan ada ketika kuyup ditimpa hujan ketika perahu mendaki dan menuruni ombak sewaktu berulang alik ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bait di pulau kecil itu, mereka tidak mudah tewas kepada persekitaran yang mencabar minda dan fizikal.

Pulau Bait, satu daripada 49 pulau terpencil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan, tidak pernah menjanjikan jalan berturap, bangunan sekolah diperbuat daripada batu, kemudahan bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik dan pelbagai kemudahan lain yang ada di tanah besar, khususnya di bandar.
Setiap pagi, mulai jam 6, ketika guru di bandar selesa memandu kereta ke sekolah, guru di Pulau Bait terpaksa memperjudikan nasib kepada perahu yang dikemudi penduduk kampung ketika meninggalkan jeti Kampung Tanjung Kapor untuk ke sekolah.

Begitu juga dengan guru di SK Pababag, di Pulau Pababag yang bersebelahan dengan Pulau Bait. Mereka terpaksa menyerahkan ketentuan nasib kepada Allah SWT setiap kali menggunakan perahu dari jeti Kampung Tanjung Kapor ke pulau terpencil itu.

Dengan perahu menggunakan enjin 15 kuasa kuda, si pendidik berdoa semoga perjalanan berulang alik dari Kampung Tanjung Kapor ke Pulau Bait dan Pulau Pababag sentiasa dirahmati Allah.

Kira-kira 20 minit berada dalam perut perahu ketika meredah ombak ke Pulau Bait dan Pulau Pababag tidak banyak membolehkan mereka berbual dengan rakan-rakan atau penumpang yang lain. Yang ada dalam fikiran mereka hanyalah mahu segera tiba di jeti.

Bagi Ustazah Mazwin Nasir, 27, dari Kampung Jerik, Gua Musang, Kelantan, khabar yang diterimanya pada Januari 2007 bahawa beliau akan ditugaskan di SK Bait, seolah-olah merentap nuraninya.

Pada usia pernikahan baru berusia sebulan, graduan jurusan Usuluddin Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu terpaksa meninggalkan suaminya untuk terbang jauh ke Semporna dan menabur bakti di pulau terpencil.

"Saya mula bertugas di sekolah ini pada 29 Januari 2007. Pertama kali menaiki perahu, rasa macam hendak menangis. Macam tak mahu menjadi guru. Ketika itu, ombak besar. Habis kuyup saya ditimpa tempias ombak. Setibanya di jeti Kampung Bait, terpaksa mula meniti jeti kayu licin dan mendaki bukit berlumpur untuk ke sekolah.

"Pengalaman sepanjang menaiki perahu berulang alik dari jeti Kampung Tanjung Kapor ke jeti Kampung Bait ada kalanya membuatkan saya seolah-olah mahu segera meninggalkan pulau ini. Namun, berkat kesabaran, saya harungi juga ombak Laut Sulawesi ini. Alhamdulillah, sekarang saya sudah biasa dengan ombak," ujarnya.

Bagi rakan serumah Ustazah Mazwin, Ustazah Nur Suhaila Mohamad, 32, dari Kampung Pangkal Kalong, Ketereh Kelantan, pertama kali menjejakkan kaki dalam perut perahu bersama Mazwin membuatkan tekak terasa loya dan kepala berpinar-pinar apabila dibuai ombak.

"Rasa nak muntah mabuk laut tetapi saya tahan juga. Sewaktu dilambung ombak, rasa macam hendak menjerit. Wajah ibu dan ayah terbayang-bayang di depan mata. Namun, inilah cabaran yang harus saya hadapi. Bukan mudah menjadi guru di pulau terpencil macam Pulau Bait," ujarnya dengan segaris senyuman.

Mazwin dan Nur Suhaila yang menyewa rumah di sebuah taman perumahan kira-kira tiga kilometer (km) ke Kampung Tanjung Kapor dan 10 km dari pekan Semporna, memperuntukkan RM60 seorang untuk berulang alik menaiki perahu ke sekolah.

Ketiadaan tenaga elektrik dan bekalan air paip di Kampung Bait tidak memungkinkan mereka menjadi sebahagian daripada kira-kira 300 penduduk kampung berkenaan.

Selepas tiga tahun menabur bakti mendidik anak nelayan di pulau terpencil itu, kini Mazwin dan Nur Suhaila tidak lagi menganggap ombak yang diharungi setiap hari sebagai bebanan besar untuk meneruskan kerjaya murni membentuk murid berilmu dan bersahsiah.

Cuma pada ketika cuti persekolahan dan Aidilfitri, mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama keluarga walaupun terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk pulang ke pangkuan keluarga.

Bagi Mazwin, suami di Bangi, Selangor harus segera ditemui pada setiap musim cuti persekolahan, manakala Nur Suhaila mahu segera menatap wajah ibu dan ayah di Ketereh.

Bagi mereka, ombak Laut Sulawesi, jeti licin di kedua-dua kampung itu, lereng bukit agak curam di laluan dari jeti Kampung Bait ke SK Bait dan titis air masin yang membasahi kulit wajah dan tubuh ketika mengharungi laut adalah teman paling setia selagi pengorbanan mereka dituntut demi masa depan anak bangsa di pulau terpencil.

Sumber Petikan :
Oleh Hassan Omar
hassanomar@bharian.com.my
2010/05/16
Continue Reading...

Renungan Buat Semua

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga..
Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ......

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan
pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?

Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi. Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan
menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.

Kalau di a seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.


Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.Sebenarnya.....!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakahgerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar s ibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi,sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.


Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur."Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.Saya faham keadaanya ketika i ni. "Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur." "Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelokepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya beke rja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4,saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. ..."Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu.........



Kepada Yth .........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ................untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja.Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya ju ga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amiiin

Wassalamu'alaikum Wr Wb


Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?" "Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalausuatu masa nanti kami jadi miskin. "Ssttt......." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing."Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya. "Gik.....?""Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orangini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan
pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memoho n keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha
menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amiin.

Sumber Petikan :-
forum SAVOC
Continue Reading...

Selasa, 18 Mei 2010

Sejenak : Kisah yang baik utk renungan

Ahmad Imtihan bin Peperiksaan

Seperti biasa-saya mahu ajak sahabat-sahabat, saudara dan saudari , muslimin dan muslimat berfikir sejenak *mungkin untuk melepaskan tekanan seharian @ berhari-hari belajar dan mungkin juga untuk bermuhasabah diri kita yang sentiasa alpa ini.

Bagaimana kita memandang peperiksaan atau imtihan? Sudikah kita menerima imtihan sebagai kawan? Mari berkhayal bersama saya seketika. Bayangkan peperiksaan benar-benar menjelma sebagai seorang kawan. Luangkan masa anda sebentar untuk saya kongsikan cerita saya bersama kawan yang bernama ‘Ahmad Imtihan’ @ Imtihan.

Melihat saat-saat indah seseorang menggapai kejayaan (seniors 6th year da nak grad @ dapat markah 5 @ naik pentas pada Hari Kecemerlangan Universiti @ sanak saudara dapat PhD etc) membuatkan akal saya ligat meneka, tentu mereka ada hubungan yang istimewa dengan Imtihan. Saya semacam pasti mereka menanam impian untuk bertemu dengan Imtihan sejak dari hari pertama masuk ke kuliah. Saya yakin mereka mesra dan selesa melayan Imtihan. Maklumlah, Imtihan bersikap ‘jual mahal’ dan memilih kawan. Siapa yang lambat panas atau suka bertangguh tidak layak dijadikan kawan. hihi-terkena diri sendiri~

Setiap hujung tahun dan awal summer saya pasti menemui Imtihan. Tarikh keramat itu telahpun saya bulatkan sebesar-besarnya agar saya sentiasa tahu bahawa masa sedang berjalan. Persiapan saya harus selari dengan pergerakan masa. Kadang-kadang saya menyesal lalu memarahi masa kerana berjalan laju. Hakikatnya langkah saya yang lesu dan kaku.

Itulah masa, seronok diisi dengan rehat sehingga datang saat genting, rehat pun tidak seronok lagi. Usaha kita mestilah dari awal sehingga akhir!

Peliknya, banyak pula kawan yang ‘murah’ ingin menjadikan saya kawan. Mereka duduk di tengah-tengah laluan saya yang sedang bersemangat menuju ke arah Imtihan. Siapa yang tidak marah, puas saya berlari, semakin dekat saya diekori. Saat saya berenggang dengan Allah, saya juga pasti tunduk menyerah pada kawan-kawan murahan ini. “Tinggalkan dahulu ilmu, ayuh kita melayan nafsu”, itulah pujukan mereka. Kalaulah mereka tahu bahawa tiada istilah kenyang bagi nafsu tentu dijauhi nafsu itu beribu-ribu batu! (ah, sesungguhnya diri ini sangat lemah menahan pujuk rayu syaitan. Bukan salah kalian sebenarnya~)

Cukuplah catatan ringkas ini sahaja. Hajat kecil saya agar kalian mengubah persepsi terhadap Imtihan.

Kita yang sedang mencari mereka, bukan mereka yang mengejar dan menghambat kita.

Kita wajib bersemuka dengan Imtihan dan ketika itu serahkan diri secara total untuk diuji sejauh mana keikhlasan dan persediaan untuk memenangi hati Imtihan. Imtihan bukan bodoh untuk mengenal kita. Si pemalas, si penangguh dan si penidur semuanya boleh dikenalpasti oleh Imtihan. Saya malu jika dilabel sehina itu!

Seandainya saya mati dan tidak sempat bertemumu imtihan, ketahuilah bahawa saya sudah menjual seluruh hidup ini untuk menuju ke arahmu. Tanyalah Allah, tanyalah bebintang dan tanyalah beburung, mereka saksi segala lelah kita.

Malah saya pasti, redha Allah lebih tinggi daripada persahabatan sementara kita ini wahai Imtihan.

Syurganya menanti orang yang gigih dan ikhlas menuntut ilmu walaupun ditakdirkan gagal dalam PEPERIKSAAN. Semoga bertemu Imtihan dengan semangat baru!

*Dipetik dan diubahsuai daripada tulisan Idil di blog drkadir (www.drkadir.blogspot.com)
Continue Reading...

Selasa, 26 Januari 2010

cadangan..

Program Nilai Tambah (disyorkan) :


1. Kuliah Tafaqquh (mingguan)
2. Seminar Tasawwur Islam (semasa)
3. Rehlah Keluarga (semasa)
4. Iktikaf Ramadhan (tahunan)
5. Jambori/Mukhayyam (semasa)
6. Diskusi Buku (semasa)
7. Kursus Latihan Nuqaba’ (semasa)
Continue Reading...

Kelemahan dan kekurangan keberkesanan Usrah…

Antara kelemahan2x group usrah…
1. Kekurangan dalam management usrah
Sebab2nya berlaku:
a) Naqqib yang memonopoly keseluruhan usrah.
b) Kegagalan melantik anak2 usrah untuk manage usrah….saper s.u n siapa urus dana sbg contoh.
c) Tiada kesepakatan dan tiada berlakunya syura dlm usrah.

d) kegagalan dlm memberi ruang ahli2 usrah luahkan perasaan.
e) banyak keputusan dibuat keputusan tergesa2.
d) Naqqib gunakan cara ala2 tentera dlm usrah.
Bila eleman2 di atas di campurkan, institusi usrah tidak menampakkan keberkesanan dan fungsi sebenarnya dan posible la ahli2 usrah laen jadi kurang senang, tidak selesa dan akhirnya x berminat nak beri komitmen pada usrah.
2. Komitmen dlm penguasaan silibus usrah
a) Kurangya preparation bahan usrah
b) Kurang kembangnya/evaluate topic.
c) peguasaan bahan2 usrah yang lemah.
d) kurang menghafal bahan2 usrah.
Jadi bila kurang penguasaan silibus usrah, sedikit sebanyak effect dari segi pengisian usrah, dan usrah menjadi tempat perbincangan yg kosong ( cam jadi perbualan harian biasa), meaning kita cannot combine the Islamic knowlage ( teory) dengan realiti kehidupan kita. kurangla peningkatan pengislahan diri bila tiap2 kita pergi usrah.
Solution to above….
As a solution, peranan para naqqib amat penting dari segi pengurusan usrah dan pergerakkan. Menguruskan usrah ni umpama menguruskan sebuah organisasi atau syarikat, dengan kata laen mengurusan manusia, dan nak uruskan manusia ni bukan kerja mudah. Jadi InsyaAllah, dengan adanya pemfocusan pada para-para Naqqib, bahan2 untuk dibawa pada usrah, pengembangan bahan2 dan pengurusan usrah. dah jadi cam kursus2 fasilitator dah. InsyaAllah boleh membawa improvement dari segi peningkatan pengurusan Usrah. Akitivti seperti Latihan Nuqaba’, latihan2 bahan2x usrah( sirah n tasfir) dan ziarah Qudama’ boleh membantu.
Continue Reading...
 

Blogroll

Anda Pengunjung ke

View My Stats

Site Info

Text

Misri Hj Bohari Blog Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template