Isnin, 3 September 2012

Kuliah PA 1314 P2 - Hadis Maudhu’ : Takrif Hadis Maudhu’, Faktor Lahirnya Hadis Maudhu’,Ciri-ciri Hadis Maudhu’, Hadis Maudhu’ yang Masyhur dalam Masyarakat dan Cara Membasmi Penyebaran Hadis Maudhu’



Oleh : Ustaz Misri Hj Bohari , Japim, IPG Kampus Keningau, Sabah


Allah telah mengutus Rasulnya yang penyudah dengan membawa petunjuk yang lurus dan kehadiran Al-Quran dan As-Sunnah Nabawiyyah menjadi keterangan dari petunjuk tersebut. Kedua-duanya juga menjadi asas kepada tertegaknya Agama Islam sebagai ad-Deen yang merupakan suatu cara hidup bertujuan memperhambakan diri kepada Allah S.W.T seperti yang digambarkan dalam Al-Quran dengan firmanNya,

وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون

“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk memperhambakan diri kepada-Ku.” (az-Zariat: 56).

Rasulullah s.a.w diarahkan oleh Allah untuk menyampaikan wahyu kepada umatnya dan sudah tentu baginda menjelaskan wahyu tersebut melalui ucapan (qawl), perbuatan (fi’lun) dan perakuan (takrir). Penjelasan ini dinamakan As-Sunnah atau Al-Hadis yang menjadi sumber kedua ajaran Islam selepas Al-Quran. Para ulama berpendapat Al-Quran sebagai matan dan Al-Hadis sebagai syarahnya.

Kehadiran hadis mauduk atau palsu bermula sesudah kewafatan Rasulullah s.a.w dan berlakunya pertentangan politik, kemudian ia berkembang melalui perkembangan arus politik, asabiah, fanatik mazhab dan sebagainya. Ianya dilakukan oleh orang Islam sendiri yang lemah imannya dan juga oleh orang-orang munafik dan kafir zindik dengan pelbagai dorongan dan tujuan.

Mauduk menurut bahasa atau etimologinya ia adalah nama subjek (( اسم مفعول berasal daripada perkataan (وضع الشىء) atau) حطه) yang mempunyai beberapa pengertian, antaranya menggaris, mereka, menganggur dan melekat2; atau menjatuhkannya kerana tergugur kedudukannya3.

TAKRIF HADIS MAUDUK( موضوع )

Menurut istilah atau terminologi pula, ia bermaksud berita yang dibuat-buat terhadap Rasulullah s.a.w sebagai pembohongan terhadap baginda3; atau hadis yang direka atau diada-adakan terhadap Rasulullah s.a.w4.

Sebenarnya ia bukanlah hadis tetapi dinamakan demikian sebagai suatu sindiran terhadap perekanya yang mengatakan ia hadis. Hadis mauduk adalah seburuk-buruk hadis daif, malah sebahagian ulama tidak menggolongkannya ke dalam kategori hadis daif dan tidak menggunakan lafaz hadis padanya5.

Para ulama bersepakat mengenai haram hukumnya meriwayatkan hadis sedemikian yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w kecuali disertakan diiringi dengan penjelasan mengenai pendustaan dan pembohongannya. Sesiapa yang mengatakan ia hadis sedangkan beliau tahu ia adalah suatu pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w, ternyata dia telah terlibat dengan pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w6. Rasulullah s.a.w telah memberi amaran keras terhadap golongan ini berdasar hadis,

من كذب علي متعمدا فليتبوا مقعده من النار

Maksudnya, “ Sesiapa yang sengaja berdusta kepada-ku, maka sediakanlah tempat tinggalnya di dalam neraka.” (Riwayat Muslim)7.

من حدث عني بحديث يرى انه كذب فهو احد الكاذبين

Maksudnya, “Sesiapa yang meriwayatkan daripadaku hadis yang pada sangkaannya adalah dusta, maka dia termasuk dalam kalangan pendusta.”(Riwayat Muslim)8.

Mengikut pandangan Ibn Solah, hadis mauduk adalah seburuk-buruk hadis daif, dan tidak halal diriwayatkan oleh seseorang yang mengetahui keadaannya dalam apa bentuk sekalipun kecuali dengan disertakan penjelasan dan keterangan mengenai kepalsuannya9.

FAKTOR PENDORONG LAHIRNYA HADIS MAUDUK (PALSU)

Para ulama telah mengemukakan beberapa faktor pendorong kepada lahirnya hadis-hadis palsu, antaranya ialah:-

1. Akibat perpecahan di kalangan umat

a) Politik

Perpecahan di kalangan umat Islam timbul sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. Ia berpunca daripada perbezaan pendapat mengenai jabatan Khilafah mengambil kira siapakah yang paling berhak menjabat jabatan yang penting tersebut.

Golongan Jumhur melantik Abu Bakr r.a sebagai khalifah, manakala pengikut-pengikut Ali r.a menegaskan yang Ali lebih layak memegang jawatan tersebut, lalu mereka mengadakan hadis yang menunjukkan keutamaan Ali r.a. manakala golongan jumhur (Ahlu Sunnah) pula membuat hadis untuk mempertahan kedudukan mereka10.

Bermula dari sinilah lahirnya golongan Syiah11 dan Khawarij12 di samping golongan Ahlu Sunah yang sedia ada. Perpecahan di kalangan umat Islam sampai ke tahap yang paling serius setelah berlakunya peristiwa pembunuhan Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan sehingga berlakunya perang saudara di dua medan perang iaitu perang Jamal dan al-Siffin13.

b) Fanatik Mazhab14

Akibat daripada perbezaan pendapat mengenai hukum fikah telah menimbulkan fanatik mazhab yang membabi buta sehingga sanggup membuat hadis-hadis palsu. Masing-masing mengeluarkan hadis bagi mempertahankan fahaman mazhab mereka. Imam Malik pernah ditanya tentang mereka, lalu dia berkata, “Jangan kamu memperkatakan tentang mereka dan jangan kamu lihat pun mereka, kerana mereka itu adalah pendusta.”

Ia juga berpunca daripada perselisihan pendapat mengenai sifat dan nama Allah, mengenai kerasulan, kitab, kebangkitan di hari akhirat, Qada’ dan Qadar dan lain-lain. Lahir kemudian beberapa mazhab mutakallimin seperti Qadariyyah, Murji’ah, Jahmiyyah, Mu’tazilah, Musyabihat di samping Ahlu Sunah Wal Jama’ah.

c) Asabiah

Islam menentang golongan fanatik asabiah dan berjaya menyatukan umat Islam di atas keruntuhan asabiah dengan iman dan takwa. Setelah Rasulullah wafat, penyakit ini menular kembali dan mengakibatkan perpecahan bermula daripada golongan Ansar dan Muhajirin, kemudian kabilah Amawiyyah dan Hasyimiyyah serta Abbasiyyah dan melarat sehingga bangsa Arab dan Parsi. Golongan-golongan ini masing-masing membuat hadis untuk kepentingan puak mereka15.

2. Angkara Golongan Zindik16 dan Munafik

Terdapat ramai yang berpura-pura memeluk Islam kerana takut, mengikut orang ramai atau kerana sesuatu kepentingan duniawi. Golongan ini terutamanya para zindik dan munafik memusuhi Islam secara diam-diam, lalu mereka berusaha merosakkan Islam dari

dalam dengan membuat banyak hadis-hadis palsu. Golongan ini dikatakan telah membuat 14,000 hadis palsu. Abdul Karim bin Auja’ sahaja telah mengaku membuat 4,000 hadis mengenai halal dan haram. Beliau telah dibunuh oleh Muhammad bin Sulayman al-Abassiy, Amir Basrah dan sebelum dibunuh beliau menyebut, “Aku telah mencipta untuk kamu 4,000

hadis yang mana aku haramkan yang halal dan aku halalkan yang haram.” Al-Shakawiy menyebut golongan ini adalah golongan yang menzahirkan Islam tetapi menyembunyikan kekufuran atau tidak berpegang kepada ajaran agama, mereka melakukan ini untuk meringan-ringankan agama dan berselindung dengannya dari orang ramai17.

Golongan ini telah menggunakan hadis untuk memporak-perandakan Islam, memecah belah umatnya, dan memasukkan penyelewengan dalam syariatnya. Di antara mereka adalah Harith al-Kazzab, Muhammad bin Said al-Maslub, Mughirah bin Said al-Kufiy dan Abdul Karim Auja’ yang disebut di atas.

3. Kecenderungan mengajak manusia kepada kebaikan

a) Ahli-ahli Bidaah

Terdapat golongan yang sesat menyangka bahawa hadis boleh direka untuk menarik manusia kepada ibadat. Golongan zuhhad bertujuan mendorong dan merangsang umat supaya mendekatkan diri kepada Allah dan beribadat kepadanya telah mencipta hadis-hadis palsu bagi tujuan tersebut disebabkan kejahilan dan kecuaian mereka tentang Islam.

Ini termasuklah hadis-hadis mengenai kelebihan surah-surah al-Quran, ibadat seperti solat sempena hari tertentu (Asyura) dan malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Eidul Fitri dan siangnya dan juga hadis-hadis yang mendorong manusia melakukan kerja taat,

zuhud, berakhlak mulia serta amalan-amalan terpuji. Termasuk juga dalam golongan ini ialah hadis-hadis berkaitan doa ‘Ukkasyah, Kanzul ‘Arasy, doa nisfu syaaban, doa awal dan akhir tahun. Begitu juga banyak buku-buku aliran sufi, kisah para nabi, tafsir al-Quran, kitab Targhib dan Tarhib yang memuatkan hadis-hadis palsu. Antara Kitab-kitab tersebut ialah Qashasul Anbiya (Al-Tha’labi); Kitab-kitab karangan Hakim at-Tarmizi; Durratun Nasihin (al-Khubawi); Kitab-kitab karangan al-Waqidi; Washoya Imam Ali; Tanbihul Ghafilin dan Qurratul Uyun (Abu Layth al-Samarkandi), Kitab

Tafsir Ibn Abbas dari riwayat al-Kalbi, as-Suddi dan Muqatil; Kitab-Kitab tafsir al-Tha’labi, al-Wahidi, al- Zamakhsyari, al-Baidhawi dan al-Syaukani; dan beberapa kitab yang lain18.

b) Ahli Sufi yang keliru/sesat

Golongan sufi banyak terlibat dengan perbuatan dan pengamalan hadis-hadis palsu mengenai keutamaan surah-surah al-Quran satu persatu yang diriwayatkan oleh Ubai bin Kaab. Ibn Solah mencatatkan dalam kitabnya al-Israiliyat wal Maudhuat fi Kutub at-Tafasir tentang kajian teliti yang dibuat oleh Mu’ammal bin Ismail tentang satu hadis yang diriwayatkan oleh beberapa syeikh

dan akhirnya menemui syeikh dari sekumpulan sufi bertanyakan siapakah yang meriwayatkan hadis tersebut lalu syeikh itu menjawab, “Tiada sesiapa pun yang meriwayatkan hadis ini kepada-ku, tetapi kami telah melihat manusia telah jauh daripada al-Quran lantas kami buatlah hadis ini untuk mereka bagi memalingkan hati mereka kepada al-Quran”.19

4. Kepentingan Duniawi

a) Ulama yang melobi para Pemerintah

Ini berlaku apabila ulama ingin mengambil hati pemerintah dan mendekatkan diri dengan penguasa. Ulama seperti ini dipanggil ulama as-Su’ iaitu ulama jahat atau ulama duniawi yang menjual agama dengan dunia dengan harga yang murah. Sebagai contoh, Ghiath bin Ibrahim al-Nakhai’e al-Kufi ketika masuk menemui khalifah al-Mahdi yang ketika itu sedang bermain dengan burung merpati, beliau diarahkan oleh baginda membacakan hadis daripada Rasulullah,

lalu dia membaca daripada si fulan meriwayatkan daripada si fulan bahawa Rasulullah bersabda, “Tidak boleh dipertandingkan melainkan panah memanah (bermain senjata) dan burung merpati.” Lalu Khalifah menghadiahkannya 1,000 dirham. Kemudian Khalifah

berkata, “Aku bersaksi bahawa anda telah berbohong kepada Rasulullah.” Kemudian beliau mengarahkan supaya merpati itu disembelih dan meninggalkan hobi tersebut. Hadis yang diriwayatkan adalah benar tetapi ditambah dengan perkataan “burung merpati”20.

b) Tukang Cerita

Para penglipur lara yang mencari rezeki melalui bercerita dengan menyandarkan cerita mereka kepada Rasulullah seperti hadis, “Sesiapa yang mengucapkan kalimah لا اله الا الله, maka Allah akan menciptakan untuknya bagi setiap perkataan seekor burung yang mempunyai muncung daripada emas dan bulunya daripada permata mutiara.”

Salah seorang dari mereka dikenali sebagai Maisarah bin Abd Rabbah. Beliau ditanyakan dari manakah diambil hadis ini? Jawabnya, “Aku menciptakannya untuk menggalakkan manusia kepadanya.”21

c) Orang-orang yang mencari rezeki

Demi melariskan jualan barangan, peniaga sanggup mencipta hadis palsu menunjukkan kebaikan barang tersebut seperti yang dilakukan oleh Muhammad bin Hajjaj al-Lakhamiy mencipta hadis menunjukkan keistimewaan sejenis bubur yang kononnya diriwayatkan oleh Huzaifah dengan Rasulullah bersabda, “Jibril telah memberikan saya bubur harisah untuk menguatkan dengannya belakang saya untuk mengerjakan qiyamulail.”22

d) Kepentingan Peribadi

Muhammad bin Abd Malik al-Ansari seorang yang buta telah mencipta sebuah hadis demi kepentingan peribadinya dengan menonjolkan kelebihan memandu orang buta. Beberapa pereka hadis berbentuk ini termasuklah Sa’ad bin Tariq al-Iskaf dan Nafi’ bin al-Harith Daud al-A’ma23.

e) Mematahkan hujah lawan dan menguatkan alasan sendiri dalam debat dan diskusi

Ada di kalangan yang mendakwa berilmu, telah dengan berani sekali mencipta hadis palsu bertujuan mempertahankan penadapatnya. Ini berlaku dalam majlis-majlis ilmu dan perdebatan24.

f) Orang-orang yang mencari nama dan kemasyhuran25

Keghairahan mencari kemasyhuran sebagai perawi hadis yang banyak meriwayatkan hadis mendorong mereka membuat hadis-hadis palsu tanpa memikirkan implikasi yang akan menimpa Islam dan umatnya. Imam al-Hafiz Ibn al-Jauzi menyenaraikan tidak kurang daripada 30 orang tokoh utama golongan ini termasuklah yang disebut di awal penulisan ini.

Al-Imam an-Nasa’i menyebut 4 orang pembohong yang masyhur pembuat hadis iaitu, Ibn Abi Yahya di Madinah, al-Waqidi di Baghdad, Muqatil bin Sulaiman di Khurasan dan Muhammad bin Sa’id al-Mashhlub di Syam. Para ahli hadis mengatakan al-Juwaibari, Ibn ‘Ukkasyah dan Muhammad bin Tamim al-Faryabi masing-masing telah membuat 10,000 hadis mauduk.

Terdapat tiga cara bagaimana mereka membuat hadis palsu iaitu membuat hadis dengan lafaz sendiri seperti hadis حب الوطن من الايمان(cintakan tanah air sebahagian daripada iman); mengambil perkataan salafus soleh dan hukama’ disandarkan kepada nabi; dan perawi mengambil hadis daif sanadnya lalu dibuat sanad yang lain yang sahih supaya yang daif itu kelihatan sahih.

CIRI-CIRI HADIS MAUDUK

Hadis-hadis tersebut dapat dikenali pada sanadnya dan juga matannya. Di antara ciri-ciri26 utamanya:-

1. Pengakuan yang dibuat oleh pembuatnya seperti yang diakui oleh Ibn Auja’.

2. Perawinya terkenal pembohong sedangkan hadis yang diriwayatkannya tidak diriwayatkan oleh perawi lain yang kepercayaan.

3. Ia bertentangan dengan fakta sejarah seperti ia meriwayatkan hadis dari guru yang tidak pernah dijumpainya atau pun perawi tersebut dilahirkan setelah ‘gurunya’ meninggal dunia. Ciri-cirinya antara lain,

i) Makna hadis tidak bertepatan dengan usul Islam.
ii) Hadis tersebut tidak terdapat dalam kitab-kitab yang muktabar.
iii) Hadis yang berlawanan dengan kaedah Islam.
iv) Hadis yang bertentangan dengan dalil-dalil Al-Qur’an dan Hadis.

4. Matannya mengandungi perkataan dan ayat-ayat yang jelik dan janggal di samping maknanya yang rosak.

HADIS MAUDUK MASYHUR YANG TERSEBAR DALAM MASYARAKAT

Kedapatan hadis mauduk atau palsu yang begitu masyhur dalam masyarakat Islam umumnya dan masyarakat Malaysia khususnya yang menjadi pengamalan dan buah mulut, kadang-kadang melibatkan para guru agama, guru-guru pondok, cendekiawan Islam dan juga ulama. Sebahagian besarnya boleh disifatkan sebagai tidak disengajakan.

Di sini dikemukakan beberapa contoh hadis tersebut untuk menjadi peringatan dan renungan supaya kita berhati-hati untuk tidak menyandarkan sesuatu yang bukan datang daripada Rasulullah kepada baginda, kalau tidak kita akan menerima padahnya di akhirat.

a) Azan dan qamat

Ertinya: Barang siapa yang dilahirkan baginya seorang anak lalu ia mengazankan telinga kanannya dan qamat pada telinga kirinya, maka anak ini tidak akan terkena gangguan syaitan.

Hadis ini adalah mauduk, diriwayatkan oleh Ibn Sunni dalam kitab ‘Amalul Yaumi wa Lailah halaman 200. Juga diriwayatkan oleh Ibn Asakir dari jalan Abi Ya’ala dan Ibn Musran dan lain-lainnya. Muhammad Nashruddin al-Bani mengatakan sanad hadis ini mauduk27.

b) Menuntut Ilmu

Ertinya: Tuntutlah ilmu walau di negeri China.

Hadis ini juga terkenal dan menjadi hujah mengenai kepentingan ilmu. Hadis ini dikategorikan sebagai batil ( باطل ) dan bukan ucapan Rasulullah. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi dalam kitabnya juz kedua, halaman 207; dan oleh Ibn Nu’aim dalam kitab Akhbaru Asbahan juzuk kedua, halaman 106, juga oleh al-Khatib dalam kitab Tarikhul Baghdadi. Kesemua riwayat melalui al-Hasan bin ‘Athiyyah tetapi dalam sanadnya ada rawi yang bernama Abu ‘Atikah dan dia termasuk dalam rawi yang matruk (ditolak).

Rawi inilah yang meriwayatkan dengan ada tambahan ولو بالصين (walau di negeri China). Imam Bukhari mengatakan: Abu ‘Atikah yang tersebut dalam sanad ini adalah yang suka meriwayatkan Mungkar, manakala Iman Nawawi pula mengatakan rawi ini adalah yang tidak kepercayaan ( ليس بثقة )28

c) Tauhid

Ertinya: Barang siapa yang mengenal dirinya, maka sesungguhnya dia kenal pada Tuhannya.

Hadis ini juga masyhur dalam pengajian-pengajian ilmu tauhid. Ulama hadis meletakkan hadis ini sebagai ‘tidak ada asalnya’ ( لا اصل له ). Al-Hafiz as-Sakhawi memasukkan hadis ini dalam kitab al-Maqosidul Hasanah, halaman 198. Al-Muzaffar bin al-Sam’ani mengatakan yang hadis

ini tidak pernah dikenal sebagai hadis marfu’ tetapi ia merupakan ucapan Yahya bin Mu’az al-Razi. Ibn Taimiyyah mengatakan hadis ini mauduk (palsu).

Al’Alamah al-Fairuz menyebut perkataan ini bukan sabda Nabi tetapi masyhur di merata tempat dan sebahagian orang telah menjadikannya dalil dan hujah, dan anehnya mereka mengatakannya sebagai sabda Nabi29.

d) Asabiah

Ertinya: Cinta tanah air adalah sebahagian daripada iman.

Hadis ini banyak digunakan oleh golongan yang ingin mempertahankan fahaman asabiah. Ulama hadis meletakkan hadis ini di taraf palsu (mauduk). Imam al-Saghghani dan lain-lainnya mengatakan hadis ini hadis mauduk.

Makna hadis ini tidak benar kerana sesungguhnya cintakan tanah air setaraf dengan cintakan harta, diri sendiri, anak-anak dan sebagainya. Semua yang disebut itu adalah termasuk dalam perkara naluri atau gharizah yang tidak akan ada pujian bagi yang mencintainya, dan yang demikian itu bukan termasuk daripada bahagian iman kerana ia dipunyai oleh semua manusia sama ada Islam atau kafir30.

e) Doa

Ertinya: Doa adalah senjata orang Mukmin, tiang bagi agama dan cahaya langit dan bumi.

Hadis ini cukup popular bertujuan untuk menggembirakan orang Islam yang putus harapan dengan hanya berdoa, sedangkan kita disuruh berusaha kemudian barulah bertawakal kepada Allah. Ulama hadis menyifatkan hadis ini sebagai mauduk atau palsu. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi, Hakim dan al-Qudla’i

daripada jalan al-Hassan bin Hammad az-Zlibi daripada Muhammad bin Hasan al-Zubair al-Hamdani daripada Jaafar bin Muhammad bin Ali bin al-Husain daripada ayahnya daripada datuknya, daripada Ali r.a. Kemudian Imam Hakim mengatakan hadis ini hadis sahih tetapi Imam Muhammad Nashruddin al-Bani menolaknya berdasarkan beberapa alasan berikut:-

a. Hadis ini terdapat sanadnya ada yang putus, sebagaimana kata a-Zahabi sendiri dalam kitabnya Mizan al-I’tidal iaitu antara rawi yang bernama Ali al-Husain dengan datuknya Ali bin Abi Talib.

b. Ada rawi yang bernama Muhammad Hasan al-Hamdani. Rawi ini bukan yang dimaksudkan sebagai kepercayaan sebagaimana pendapat Imam Hakim tetapi rawi ini ialah Muhammad bin al-Hasan bin Abi Yazid al-Hamdani seorang pendusta berdasarkan alasan iaitu; Al-Zahabi sendiri telah menjelaskan hadis dengan mengutip pendapat dari Ibn Ma’in dan lain-lainnya yang mengatakan rawi tersebut adalah pendusta,

begitu juga pendapat Ibn ‘Adi; dan Hadis ini disebut dalam kitab al-Haitsami ‘al-Majma’, kemudian beliau berkata: Diriwayatkan oleh Abu Ya’la tetapi dalam sanadnya ada rawi yang bernama Muhammad bin al-Hasan bin Abi Yazid seorang rawi yang matruk (ditolak).

Ada hadis lain yang darjatnya sahih iaitu, “Doa itu adalah otaknya ibadah.” Oleh itu jika benar hadis di atas itu palsu, cukuplah kita beramal dengan hadis ini dan juga ayat-ayat Quran yang menggalakkan kita berdoa31.

f) Fadilat Ramadhan

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawih pada malam-malam Ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik, media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, diari-diari Islam, TV,

radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayidina Ali r. a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut:-

Diriwayatkan oleh Sayidina Ali bahawa Rasulullah s. a. w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

Ø Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan daripada Allah Taala).
Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran.

Ø Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Ø Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa a.s menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Ø Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih seperti yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Ø Malam Kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Ø Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai ke malam yang ketiga puluh.

Hadis ini tidak ditemui dalam mana-mana kitab induk hadis termasuk Sunan Sittah, bahkan kitab-kitab hadis palsu (maudhu`at) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis mauduk pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya di dalam sunnah.

Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehnya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s. a. w. yang dipelihara dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah s.a.w telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas nama-ku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka ( Muttafaqun ‘alaih).

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai ke peringkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan ke atas Nabi s.a.w sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (taghrib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.

Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (mauduk`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu mauduk atau dia hanya menyangka hadis ini mauduk. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya mauduk serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain.

Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelik perkara dengan ijmak ulama Islam seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa.

Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan.
(An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan tarawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad s.a.w seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi:

Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis sahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (al-Bukhari)

Tidak cukupkah dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka sakar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Di antara ciri-ciri hadis mauduk (rekaan/palsu) bagi hadis ini, daripada segi zahirnya selain meneliti sanad perawinya ialah;

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi. Ia menunjukkan suatu kejanggalan.

2. Kelebihan yang terdapat di dalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan di mana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Quran dan hadis-hadis sahih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s. a. w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti mana yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4. Di dalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya adalah palsu.

Banyak lagi hadis-hadis mauduk yang lain yang begitu masyhur yang kita dengari dalam nasyid-nasyid malah dalam siaran radio di negara kita seperti hadis berikut:-

"Bekerjalah kamu untuk dunia-mu seolah-olah engkau hidup untuk selama-lamanya dan beramallah untuk akhirat-mu seolah-olah engkau akan mati esok.”

Ulama dan pengkritik hadis mengkategorikan hadis ini, لا اصل له32 (tidak ada asalnya).

CARA MEMBASMI PENYEBARAN HADIS MAUDHU’

1- Menyebarkan kepada khalayak ramai hadis-hadis yang SAH dari Rasulullah SAW beserta terjemahannya.
2- Menyeberkan kpd orang ramai risalah-risalah mengenai Hadis-hadis maudhu’ dan amaran bahayanya kepada iman dan Islam.
3- Mengadakan majlis penerangan dan khutbah Jumaat khusus mengenai keburukan hadis maudhu’.
4- Mengadakan kursus kepada guru-guru agama, mubaligh Islam, imam-imam dan petugas Islam mengenai selok-belok ulum hadis dan hadis-hadis maudhu’.
5- Mempastikan khutbah Jumaat yang dibaca bebas daripada hadis maudhu’.
6- Mempastikan buku teks di sekolah, pondok-pondok, masjid, surau dan buku bacaan umum bebas daripada hadis maudhu’.
7- Membuat kajian terhadap buku-buku ilmiah lama dan baharu yang berada di pasaran dan orang ramai bebas daripada hadis maudhu’.
8- Mengadakan seminar ulum hadis bagi mendalami ilmu hadis.
9- Mengharamkan buku-buku yang mengandungi banyak hadis-hadis maudhu’.
10- Memperluaskan dan mempertingkatkan pengajian-pengajian ulumul hadis di sekolah-sekolah, pondok-pondok, madrasah, masjid, surau dan institusi pengajian tinggi dan sebagainya.
11- Mengenakan hukuman takzir yang keras terhadap orang yang menyebarkan hadis maudhu’ secara lisan mahupun tulisan.
12- Dan lain-lain cara yang sesuai dan berkesan.



KESIMPULAN

Sebenarnya untuk mengenal yang mana satu hadis mauduk (palsu) bukan suatu perkara yang senang, hanya Ahli hadis yang benar-benar pakar dalam ilmu matan (lafaz) hadis serta perawi hadis. Ulama telah membukukan hadis-hadis mauduk di dalam kitab. Jadi cara mudah untuk mengetahui satu-satu hadis itu sama ada ianya benar-benar hadis ataupun bukan hadis dengan merujuk kepada kitab-kitab hadis mauduk. Antara kitab hadis mauduk ialah:-

i. Kitab Al-Maudu’uat oleh Imam Ibnu Al-Jauzi.
ii. Al-Masnu’ fi makrifatil hadis Al-maudhu oleh Imam Al-Qari.
iii. Al-Laali’ul al-Maudhu’ah fil Ahaadith al-maudhu’ah oleh As-Sayuti.
iv. Al-manaarul muniff fis sohiih wadh dhoi’iif oleh Ibn Qayyim al- Jauziyyah

Kejahilan masyarakat tentang ilmu Islam terutamanya ilmu hadis akan menyebabkan umat Islam mengamalkan hadis-hadis mauduk (palsu) yang akan memesongkan akidah dan amalan, memecahbelahkan umat Islam sehingga mudah diratah oleh musuh Islam seperti apa yang berlaku hari ini,

menambahkan lagi gejala fitnah di kalangan umat dan mengakibatkan mereka tidak dapat membezakan yang mana benar yang mana salah. Oleh sebab itulah para ulama telah berusaha untuk membasmi dan mencegah hadis mauduk melalui memberi sanad hadis dan mengkategorikan hadis-hadis. Semoga kita terlindung daripada mengatakan sesuatu yang bukan datang daripada Rasulullah s.a.w.


Rujukan & Sumber :
Sumber asal – Drs. Abdul Ghani Azmi bin Hj Idris.(1996). Himpunan Hadis Dha’if dan Maudhu’, Kuala
Lumpur : Pustaka alhidayah.
Sumber internet Saduran - http://idhamlim.blogspot.com/2010/12/hadis-mauduk-dan-pengamalannya-dalam.html


Continue Reading...

Ahad, 12 Ogos 2012

KULIAH M9 – SIRAH RASULULLAH - KONSEP SIRAH


OLEH :Ust Misri Hj Bohari

1.Kepentingan Mempelajari Sirah
1.Kepentingan mempelajari sirah Nabi Ianya adalah merupakan sejarah yang paling benar berbanding sejarah nabi-nabi yang pernah diutuskan yang penuh dengan perubahan dan penipuan dari musuh islam. Sedikitpun tiada keraguan di dalam cerita yang disampaikan berkaitan rasulullah.Tidak seperti sejarah nabi Musa yang diputarkan oleh golongan Yahudi dan sejarah nabi Isa yang dipalsukan.

2. Setiap inci kehidupan rasulullah dinyatakan dengan jelas bermula dari perkahwinan ayah dan ibunya sehingga kewafatan baginda s.a.w . Saat kelahirannya,zaman kanak-kanak,remaja,pekerjaannya sebelum dibangkitkan menjadi rasul,perjalanannya keluar untuk berniaga dari Mekah dan seterusnya tanpa sedikitpun keraguan sebagaimana terangnya sinar mentari.

3. Sesungguhnya perjalanan hidup rasulullah sebagai manusia yang dimuliakan Allah tidak terkeluar dari batas kemanusiaan dan tiada bercampur dengan cerita dongengan yang direka-reka bagi mengukuhkan cerita. Bandingkan denga ajaran kristian yang mengangkat nabi Isa sebagai tuhan,bandingkan dengan ajaran Buddha yang tak mampu diikuti oleh manusia biasa

4. Sirah rasulullah merangkumi setiap perkembangan hidup manusia itu sendiri seperti zaman kanak-kanak sehingga zaman tuanya.Berbeza dengan sebahagian kisah rasul,ada yang hanya ceritanya di zaman muda sahaja seperti nabi Isa dengan sebahagian sifatnya iaitu zuhud dan ada yang hanya ceritanya di zaman tua seperti nabi Yaakob a.s.Begitulah Halnya dengan nama-nama seperti Kungfuze,Aristole,Aflaton dan sebagainya.

5. Sirah nabi juga merupakan suatu cerita yang sarat dengan bukti menunjukkan perjalanan dakwah rasulullah sebagai manusia (bukan jin atau makhluk yang luarbiasaseperti Superman) bagi menyebarkan agama Islam dengan sepenuh jiwa dan raganya bukan menggunakan tongkat Aladdin. Adakala ianya disakiti dan dipuji. Memerangi dan diperangi.

2. FAEDAH MEMPELAJARI SIRAH RASULULLAH S.A.W.

1. Mendapat dan menemukan dalil yang konkrit dari hukum-hukum Islam yang terkandung dalam ayat-ayat Al Quran dan hadits-hadits Nabi dalam ragam bidang kehidupan.

2. Mencontoh Rasulullah s.a.w menuntut seorang untuk mengetahui sifat-sifat dan keadaan kehidupan baginda shallallahu 'alaihi wa sallam dalam segala bidang kehidupan kerana baginda adalah menjadi teladan yang baik yang harus dicontoh. Sebagaimana firman Allah subhanahu wa ta'ala:


"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat
dan dia banyak menyebut Allah." (QS. Al Ahzab: 21)

3. Mencontoh dan mengikuti Rasulullah s.a.w merupakan tanda kecintaan seseorang terhadap Allah 'azza wa jalla dan yang melakukannya akan mendapatkan kecintaan Allah dan ampunan-Nya, sebagaimana firman Allah 'azza wa jalla:


"Katakanlah, Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Ali Imran: 31)

4. Mendapatkan dan menemui dalil-dalil mukjizat yang dapat menguatkan dan menambah iman.

5. Menguatkan azam kaum mukminin yang mengikuti jalannya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dan memantapkan mereka dalam membela agama dan
kebenaran serta memberikan ketenangan dalam hati mereka dengan mengenal apa yang terdapat dan terkandung dari siroh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berupa sikap-sikap keimanan dan kekuatan aqidah beliau dalam menghadapi cobaan dan musuh-musuhnya.

6. Dalam sirah Rasulullah s.a.w pelajaran dan nasihat serta hikmah-hikmah yang bisa diambil oleh semua muslim baik penguasa atau rakyat untuk membentuk manusia yang baik.

7. Sirah Rasulullah s.a.w berisikan pelajaran-pelajaran yang banyak bagi segala lapisan masyarakat manusia dan meringankan mereka dalam
menghadapi segala cobaan dan ujian hidup yang mereka hadapi terlebih lagi para dai.

8. Membantu memahami Al Quran dan sunnah Rasulullah Rasulullah s.a.w.

9. Mendapatkan banyak pengetahuan yang benar tentang bermacam-macam ilmu-ilmu keislaman berupa aqidah, syariat, akhlak, tafsir, hadits, politik, pendidikan dan social kemasyarakatan dan yang lain-lainnya.

10. Mengenal perkembangan dan pertumbuhan dakwah Islam dan apa yang terjadi pada Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya dalam menegakkan kalimat Allah serta apa yang dihadapi para sahabat dari kesulitan-kesulitan dan bagaimana mereka bersikap serta solusi pemecahannya.

11. Mengenal sebab turunnya ayat-ayat Al Quran dan korelasi ucapan-ucapan Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.

12. Mengenal nasakh dan mansukh dalam Al Quran dan hadis.

13. Mengenal dengan baik mukjizat-mukjizat yang Allah kurniakan kepada Rasulullah s.a.w.

14. Menanamkan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


3. Keadaan Masyarakat Arab Jahiliyah :

► Apakah maksud Jahiliah?
1. Perkataan bahasa Arab, jahala yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
► Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat Arab Jahiliah?
1. Masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.
► Mengapakab masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad digelar masyarakat Arab Jahiliah?
1. Gelaran masyarakat Arab Jahiliah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul.
2. Masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme.
3. Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah adalah kucar-kacir kerana pada masa itu tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalarn kehidupan.
4. Akhlak mereka adalah rendah, misalnya, mereka bersifat kejam, angkuh dan degil.
► Jelaskan dua golongan masyarakat Arab Jahiliah.
1. Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun dan pedalaman di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab.
2. Masyarakat Hadari menetap di kawasan pesisiran pantai Semenanjung Tanah Arab.
► Nyatakan kedudukan wanita dalam masyarakat Zaman Jahiliah
1. Kedudukan yang rendah dalam masyarakat.
2. Wanita tidak boleh mewarisi harta pusaka.
3. Kelahiran anak perempuan menyebabkan bapa menjadi marah.
4. Menyembunyikan diri daripada kaumnya kerana kelahiran anak perempuan dianggap berita buruk.
5. Menanam bayi perempuan hidup-hidup sejurus dilahirkan.
6. Anak perempuan boleh menjatuhkan maruah keluarga.
7. Seorang lelaki boleh berkahwin dengan ramai wanita serentak.
8. Wanita menjadi pemuas nafsu lelaki.
► Terangkan kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dari segi sosial, ekonomi, agama dan kepercayaan dan politik.

Sosial
1. Mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi, berzina dan minum arak.
2. Berfahaman seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk menunjukkan mereka telah sempurna sebagai lelaki.
3. Kedudukan wanita dalam masyarakat pula adalah rendah sehinggakan mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibu bapa mereka.
4. Mereka yang menanam bayi perempuan secara hidup-hidup kerana beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga.
5. Dalam soal perkahwinan seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya.

Ekonomi
1. Aktiviti perniagaan yang dijalankan berasaskan riba dan penindasan kerana mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata.
2. Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir merupakan punca mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah.
3. Merompak sebagai satu kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dalam sebuah kabilah.
4. Golongan kaya mengeksploitasi golongan miskin.

Agama dan Kepercayaan
1. Terdapat empat bentuk kepercayaan agama, iaitu agama wathani (menyembah berhala), animisme (memuja alam seperti pokok), samawi (Kristian dan Yahudi) dan kepercayaan (seperti menilik nasib, sihir, dan mempercayai roh orang mati menjadi burung).
2. Menurut catatan al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut agama Hanif tetapi telah melupakan ajaran ini secara beransur-ansur.

Politik
1. Mengamalkan Sistem Kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.
2. Semangat assabiah atau semangat kesukuan amat tebal di kalangan masyarakat.
3. Sering berlaku peperangan antara satu kabilah dengan kabilah yang lain disebabkan perkara kecil.

► Apakah yang dimaksudkan sistem kabilah?
1. Amalan hidup berpuak-puak dan berkelompok dalam kehidupan masyarakat arab jahiliah.
► Nyatakan ciri-ciri Sistem Kabilah yang menjadi amalan masyarakat Arab Jahiliah.
1. Berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.
2. Dalam sesebuah kabilah, ahlinya terdiri daripada suku yang sama dan mereka tinggal dalam sebuah kawasan.
3. Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.
4. Ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing.
5. Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang syeikh merupakan lambang perpaduan kaum mereka.
6. Pelantikan syeikh berdasarkan syarat-syarat antaranya, bakal syeikh tersebut mestilah disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai.
7. Beliau mestilah memiliki sifat berfikiran matang, gagah, berani, dan pandai berpidato.

► Mengapakah amalan sistem kabilah mendatangkan kesan buruk kepada kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?
1. Kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau.
2. Menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.
3. Kehidupan yang kucar-kacir dan tidak aman.
4. Peperangan sering berlaku antara sama kabilah dengan kabilah yang lain disebabkan perkara kecil.

► Apakah maksud semangat assabiah?
1. Semangat kesukuan yang melampau dan saling bermusuhan antara satu sama lain.

► Bagaimanakah semangat assabiah terbentuk dalam kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?
1. Kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau berpunca daripada Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.
2. Setiap Puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan terikat kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah.
3. Keadaan geografi dan suasana tempat tinggal mereka yang panas dan kering-kontang menyebabkan sesuatu kelompok kabilah terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara bersama.
4. Sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang seperti mana peperangan al-Basus.
5. Setiap ahli kabilah sangat taasub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing.

Continue Reading...

Jumaat, 10 Ogos 2012

FATWA BERKAITAN ROKOK




Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.


Keterangan/Hujah:


1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.

vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.

Antaranya seperti berikut:

a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.

b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.

c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.

2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.

3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”

Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.


1995/37/3
Muzakarah
Sosial/Syariah

sUMBER : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam
Continue Reading...

Ahad, 29 Julai 2012

Tazkirah : Ramadhan

Ramadhan semakin indah dan bernilai di sanubari kita, alangkah baiknya jika kita mengetahui dan mengkaji bersama diantara fadhilah dan keutamaan bulan suci nan berkah ‘Ramadhan’. Keutamaan dan fadhilah Ramadhan telah dibeberkan oleh Allah dan Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- dalam Al-Qur’an dan Sunnah sebagai berikut :
Bulan Al-Qur’an
Satu perkara yang sulit dilupakan oleh kaum muslimin bahwa Al-Qur’an turun di bulan Ramadhan, tepatnya malam Lailatul Qodar. Allah menurunkan Al-Qur’an di bulan suci ini karena keutamaan yang tinggi baginya, dan hikmah. Allah -Ta’ala- berfirman,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًئ ىلِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَان ِ
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia, dan penjelasan mengenai petunjuk itu, serta pembeda (antara yang haq dengan yang batil)”. (QS. : Al-Baqoroh: 185 )

Al-Hafizh Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy-rahimahullah- berkata, “Allah -Ta’ala- memuji Bulan Puasa (Ramadhan) diantara bulan-bulan lainnya dengan memilih Ramadhan diantara bulan-bulan itu untuk diturunkan Al-Qur’an yang agung (di dalamnya); sebagaimana halnya Dia mengkhususkan Ramadhan dengan hal itu, maka sungguh ada sebuah hadits datang (menyebutkan) bahwa Ramadhan adalah bulan yang diturunkan di dalamnya Kitab-Kitab Allah kepada para nabi “. [Lihat Tafsir Ibnu Katsir (1/292)]

Sebagai penguat bagi ucapan Ibnu Katsir -rahimahullah- , Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda ,


“Shuhuf Ibrahim diturunkan di malam pertama Romadhon; Taurat diturunkan pada 7 Ramadhan; Injil diturunkan pada 14 Ramadhan; Zabur diturunkan pada tanggal 19 Ramadhan; Al-Qur’an diturunkan pada 25 Ramadhan”. [HR. Ahmad dalam Al-Musnad (4/107), Abdul Ghoniy Al-Maqdisiy dalam Fadho’il Romadhon (53/1), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq (2/167/1). Di-hasan-kan oleh Al-Albaniy dalam Shohih As-Siroh (hal.90)]
Faedah : Hadits ini merupakan bantahan -dari segi sejarah- atas orang yang meyakini bahwa Nuzulul Qur’an pada tanggal 17 Ramadhan .
Bulan Pengampunan Dosa
Setiap mukmin amat mengharapkan ampunan dosa dari Allah, karena ia tahu bahwa hisab di hari akhir amat dahsyat. Dengan kehadiran Ramadhan, kesempatan besar untuk bertaubat, dan mendapatkan ampunan sangat lebar. Amat celakalah seorang yang memasuki Ramadhan, tapi ia enggan bertaubat dan beramal sholeh yang akan menjadi sebab dosanya diampuni.
Abu Hurairah -radhiyallahu ‘anhu- berkata,

“Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- naik ke atas mimbar seraya bersabda, “Amiin…amiin…amiin”. Beliau ditanya, “Wahai Rasulullah, engkau tidak pernah melakukan seperti ini”. Belaiu menjawab, “Jibril -alaihis salam- berkata kepadaku, “Semoga kecelakaan bagi seorang hamba yang didatangi oleh bulan Ramadhan, namun tidak diberi ampunan“, maka saya pun berkata, “Amiin”. [HR. Ibnu Khuzaimah dalam Shohih-nya (3/192), Ahmad dalam Al-Musnad (2/246 & 254), dan Al-Baihaqiy dalam As-Sunan (4/204). Di-shohih-kan oleh Al-Albaniy dalam Shohih Al-Adab Al-Mufrod (646)]
Jadi, seorang yang mau diampuni dosanya, harus menutupi dosanya dengan amal sholeh di bulan suci ini, seperti membaca Al-Qur’an, mendengarkan ceramah, puasa, dan sholat tarawih; bukan berhura-hura, dan menghabiskan waktu dalam perkara sia-sia, apalagi haram, seperti bermain judi di bulan Ramadhan , ular tangga, berdusta, berbicara yang sia-sia, berzina, dan lainnya.
Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

وَمَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Romadhon karena beriman dan mengharapkan pahala, niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu” . [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (1802), dan Muslim dalam Shohih-nya (175)
Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hanbaliy-rahimahullah- berkata, "Jika bulan Romadhon telah sempurna, maka sungguh puasa, dan sholat malam telah lengkap bagi orang beriman. Maka terjadilah baginya pengampunan dosanya yang lampau dengan sempurnanya dua sebab tersebut, yaitu puasa, dan sholat malamnya". [Lihat Latho’if Al-Ma’arif (hal.232)]
Bulan Pengabulan Doa & Pembebasan dari Seksa Neraka
Seseorang terkadang susah menemukan masa yang mustajab sehingga doanya dikabulkan oleh Allah. Namun Allah sebagai Pemberi Nikmat bagi para hamba-Nya yang beriman telah menyiapkan waktu mustajab untuk berdoa.
Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,
إِنَّ لِلَّهِ فِيْ كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ عُتَقَاءَ مِنَ النَّارِ فِيْ شَهْرِ رَمَضَانَ وَإِنَّ لِكُلِّ مُسْلِمٍ دَعْوَةً يَدْعُوْ بِهَا فَيُسْتَجَابُ لَهُ
“Sesungguhnya Allah pada setiap hari dan malam di bulan Ramadhan memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka; sesungguhnya setiap muslim memiliki doa yang ia berdoa dengannya,lantaran itu doanya dikabulkan”. [HR. Al-Bazzar dalam Al-Musnad (3142), dan Ahmad dalam Al-Musnad (2/254). Syaikh Ali bin Hasan Al-Atsariy men-shohih-kan hadits ini dalam Shifah Ash-Shoum (hal.24)]
Manfaatkanlah kesempatan ini dalam memperbanyak doa, mengadu, dan bermunajat kepada Allah Robbul Alamin di sepanjang bulan Ramadhan. Semoga setitik air mata penyesalan, dan takut akan menyelamatkan dirimu dari seksa neraka sebagaimana yang dijanjikan oleh Nabimu -Shollallahu ‘alaihi wasallam- dalam hadits ini.
Syaitan-syaitan dan Jin Durhaka Dirantai; Pintu Syurga Dibuka, dan Pintu Neraka Ditutup
Kerana mulia dan sucinya bulan Ramadhan, Allah mengikat para syaitan, dan jin yang durhaka; pintu-pintu syurga dibuka, dan neraka ditutup.
Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

“Jika malam pertama Ramadhan datang, maka syaitan-syaitan, dan jin-jin durhaka dibelenggu; pintu-pintu neraka ditutup. Maka tak ada satu pintu(nya) pun yang terbuka; pintu-pintu syurga dibuka. Maka tak ada suatu pintu pun yang ditutup; Seorang pemanggil memanggil,”Wahai pencari kebaikan, menghadaplah; wahai pencari kejahatan, berhentilah“. Allah memiliki hamba-hamba yang dimerdekakan dari neraka. Demikian itu pada setiap malam”. [HR. At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (682), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (1642). Hadits ini di-shohih-kan oleh Al-Albaniy dalam Takhrij Al-Misykah (1960) ]
Al-Hafizh Ibnu Abdil Barr Al-Andalusiy-rahimahullah- berkata dalam At-Tamhid (7/310), “Makna hadits ini menurut saya –Cuma Allah yang lebih tahu-: Allah melindungi di dalamnya kaum muslimin, atau dominannya dari maksiat-maksiat. Jadi, syaitan tidak akan bebas datang kepada mereka sebagaimana mereka bebas datang di sepanjang tahun”.
Ingat !! jangan anda menyangka bahwa syaitan ketika itu tak akan menggoda dirimu. Ketahuilah, ia akan tetap menggodamu. Isilah hari-harimu dengan ketaatan, jangan mendekati jalan-jalan kemaksiatan sehingga engkau akan selamat darinya. Didiklah dirimu di bulan ini menjadi hamba yang taat, bukan hamba yang durhaka. Jika tidak, maka engkau akan menjadi bahan bakar Jahannam. Na’udzu billah minannar.
Di dalam Romadhon Terdapat Lailatul Qodar
Diantara keistimewaan umat Islam dibandingkan umat-umat terdahulu, “sedikit amal, banyak pahala”. Dahulu mereka melaksanakan solat dan puasa dengan aturan yang berat, tapi pahala sedikit. Adapun umat Islam, diberikan kemudahan waktu, dan tempat untuk melipatgandakan amalan ringan, seperti dalam surat ini:
Allah -Ta’ala- berfirman,

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qodar). Dan tahukan kamu apa malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dibandingkan seribu bulan. Pada malam itu, para malaikat, dan Jibril turun dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”. (QS. Al-Qodr: 1-5)
Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

“Allah memiliki di bulan Ramadhan suatu malam yang lebih baik dibandingkan 1000 bulan. Barang siapa yang dihalangi (dari kebaikannya), maka ia akan dihalangi (dari kebaikan)”. [HR. An-Nasa’iy dalam Al-Mujtaba (2106), dan Ahmad dalam Al-Musnad (7148). Hadits ini di-shohih-kan oleh Al-Albaniy dalam Shohih At-Targhib (999)]
Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barang siapa yang bangun (solat malam) karena beriman dan mengharapkan pahala, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu” . [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (1802), dan Muslim dalam Shohih-nya (175)] Olahan dari Sumber : Buletin Jum’at Al-Atsariyyah edisi 32 Tahun I.
Continue Reading...

Ahad, 15 Julai 2012

Doa Untuk IBU

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)      

 
Bila dahaga, yang susukan aku....mak                           
Bila lapar, yang suapkan aku.....mak                              
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak                    
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak                       

Bila bangun tidur, aku cari.....mak                              
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak                        
Bila nak bermanja, aku dekati....mak                            
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak                          

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak                        
Bila nakal, yang memarahi aku....mak                            
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak                          
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak                  
Bila takut, yang tenangkan aku....mak                            
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak                          
Aku selalu teringatkan ....mak                                
Bila sedih, aku mesti talipon....mak                            
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak                      
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak                            
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "                       
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak                        
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak                        
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak                          
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak                          
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak                      
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak                      
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak            
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak                    

Yang selalu berleter kat aku...mak                              
Yang selalu puji aku.....mak                                 
Yang selalu nasihat aku....mak                                
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak    

               

Aku ada pasangan hidup sendiri....      
                       
Bila seronok, aku cari....pasanganku                        
Bila sedih, aku cari....mak

                                 
Bila berjaya, aku ceritakan pada.....pasanganku                        
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak    

                       
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku                       
Bila berduka, aku peluk erat....emakku  
                         

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku                          
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak  
                       
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku              
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
             

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
                                 
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku  
Entah bila... aku nak talipon mak
                             
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku                        
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak      
                 
Renungkan:  

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?      
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
             
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......  

                 
Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
     
 



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....  
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali  berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


 Nukilan :
shapiee abd karim /Arpah Omar
Continue Reading...

Nota Pengurusan Panitia di Sekolah


FAIL 1 (MESYUARAT PANITIA, DALAMAN)
1. Surat Panggilan Mesyuarat Panitia
2. Minit Mesyuarat Panitia

FAIL 2 (SURAT MENYURAT PANITIA, LUAR)
1. Surat-surat yang diterima daripada luar
2. Surat-surat yang dihantar ke luar
3. Minit mesyuarat panitia daerah

FAIL 3 (MAKLUMAT GURU PANITIA)
1. Butir peribadi
2. Jadual waktu peribadi dan kelas

FAIL 4 (DOKUMEN PANITIA)
1. Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/86
2. Pekelilling panitia yang berkaitan
3. Carta Organisasi panitia / Jawatankuasa Panitia
4. Rancangan peningkatan prestasi pelajar / Pelan Taktikal, Pelan Operasi
5. Kumpulan Sasaran Pelajar
6. Program untuk Pelajar Cemerlang, Sederhana dan galus
7. Rancangan Pelajaran Tahunan
8. Anggaran Perbelanjaan Panitia
9. Buku Stok, (a) Semakan Stok, (b) Pelupusan
10. Cadangan Buku untuk PSS
11. Senarai ABM
12. Rekod Penggunaan ABM
13. Senarai Buku Rujukan Guru
14. Senarai Buku Teks / Buku Rujukan Pelajar
15. Jadual Kekerapan Latihan
16. Latihan Dalaman / Perkembangan Staf
17. Sukatan Pelajaran
18. Huraian Sukatan Pelajaran
19. Buku Panduan AM KBSM
20. Minit Curai
21. Dokumentasi AKtiviti Sokongan Panitia / Koakademik
22. Headcount

FAIL 5 ( KOLEKSI SOALAN / BANK SOALAN)
1. Kertas Soalan Peperiksaan Sekolah
2. Kertas Soalan Peperiksaan Awam
3. Jadual Spesifikasi Item (JSI)
4. Bank Soalan

FAIL 6 (POST MORTEM PEPERIKSAAN)
1. Analisis Peperiksaan
2. Kekuatan dan Kelemahan Pelajar
3. Tindakan Susulan yang diambil
4. Senarai Kemajuan Prestasi Pelajar Setiap Kumpulan
5. Analisis Item
Continue Reading...

Jumaat, 11 Mei 2012

Apakah Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan

Continue Reading...

Khamis, 9 Februari 2012

AWAS JERAT VALENTINE



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
"AWAS JERAT VALENTINE"
(10 Februari 2012 / 17 Rabiulawal 1433H)


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk: AWAS JERAT VALENTINE.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Fenomena sebahagian remaja hari ini yang menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan kita sebagai umat Islam. Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah umat Islam dan dimurkai Allah SWT. Ini kerana ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.
Berdasarkan kepada pandangan sebahagian besar tokoh- tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Oleh itu, mimbar ingin menegaskan bahawa  pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan di atas aktiviti trend baru zaman moden tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi panduan umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan di akhirat. Justeru mimbar menyeru kepada jemaaah sekalian dan umat Islam agar tidak merayakan hari tersebut kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar serta boleh merosakkan akidah dan akhlak umat Islam.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Persoalan besar timbul ialah apakah yang menyebabkan gejala negatif seumpama ini terus berlaku?. Jawapannya ialah kerana kualiti keimanan umat Islam yang lemah dan kekaburan kita di dalam menegakkan prinsip-prinsip asas agama yang menjadi tunjang kehidupan seseorang muslim. Dengan ini kita terpesong dengan cara hidup yang sebenar. Kita juga jangan lupa bahawa syaitan dan sekutunya telah berjanji kepada Allah SWT untuk terus menyesatkan orang yang beriman.  Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 119:
Maksudnya:Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang dita'ati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata".

Ingatlah bahawa agama Islam sangat mengambil berat dalam memperbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka menjadi lurus dan tasawwur mereka tentang sesuatu perkara menjadi jelas. Jangan kita mengikut contoh umat jahiliyah dahulu yang menganggap persoalan akidah hanya  sekadar mengumumkan identiti diri dan melahirkan perbuatan baik sahaja sedangkan hakikat iman ialah panduan antara keyakinan dihati tentang dasar-dasar akidah dengan melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan tegahan-Nya.  Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 15:
Maksudnya: Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang benar.

Ayat ini mengisyaratkan bahawa kualiti iman boleh diukur dan dinilai melalui amalan seharian. Banyak dan berkualitinya amal soleh seseorang itu, maka tinggilah kualiti iman yang dimiliki dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, iman yang sebenar adalah merupakan penjana kekuatan dan kecemerlangan ummah.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama umatnya. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah SAW. Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi yang dinamakan sebagai perkahwinan. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun. Ingatlah bahawa kasih sayang yang utama adalah hanya kepada Allah SWT, rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya. Kasih sayang berlandaskan keimanan akan melahirkan cahaya keinsafan kepada hakikat diri dan pencipta-Nya sehingga sanggup berkorban dan mampu menundukkan hawa nafsu jahat. Firman-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 207:
Bermaksud: Dan di antara manusia ada Yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.

          Justeru bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah, mimbar menyeru kepada semua pihak agar  mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di negara kita ini, jangan kita terlibat dengan budaya songsang yang boleh melemahkan ummah dan menyesatkan. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia. Mengakhiri khutbah pada minggu ini, sekali lagi mimbar menyeru semua pihak marilah sama-sama kita memperkasakan akidah kita, keluarga dan masyarakat kita demi masa depan agama, ummah dan negara dengan langkah berikut:
Pertama:    ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak dididik dengan ajaran Islam yang sebenar;
Kedua:       umat Islam khususnya remaja dilarang meniru amalan atau budaya kaum musyrik;
Ketiga:       menanam rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah SWT dan rasul-Nya;
Keempat:   menjauhi aktiviti bergaul bebas dengan pasangan yang bukan mahram dalam menyambut majlis tertentu; dan
Kelima:      meninggalkan sambutan atau perayaan yang tiada dalam syariat Islam.

Firman Allah SWT dalam surah al-A'raf ayat 96:
Maksudnya: "Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."

ayat 6


Continue Reading...
 

Blogroll

Anda Pengunjung ke

View My Stats

Site Info

Text

Misri Hj Bohari Blog Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template