Jumaat, 8 April 2011

ABSTRAK KAJIAN SEMINAR PENDIDIKAN MORAL ELM3101


Pendermaan Organ Dalam Aspek Nilai, Agama dan Masyarakat :
Kajian  di IPG Kampus Keningau.
PISMP Matematik Ambilan Januari 2010 (Kump1)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kesanggupan seseorang individu untuk menderma organ kepada orang –orang yang memerlukanya. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat pandangan dari segi pelbagai agama mengenai pendermaan organ. Tambahan pula, kajian ini bertujuan mengupas nilai yang terlibat dalam isu ini. Responden kajian terdiri daripada warga IPG Kampus Keningau yang terdiri daripada 28 orang pelatih guru. Kaedah kajian dijalankan dengan menggunakan soal selidik, temubual dan pemerhatian rekod. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Dalam aspek nilai dapatan kajian menunjukkan bahawa daripada 28 orang responden,40% menyatakan bahawa mereka sanggup mendermakan organ. Seterusnya dalam aspek pengetahuan masyrakat, lebih kurang 70% menyatakan bahawa mereka mengetahui mengenai isu pendermaan organ. Dalam aspek agama, 53.6% responden menyatakan bahawa agama tidak menghalang pendermaan organ.

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL  ALBERT BANDURA  :  THE NEXT GENERATION APLIKASI TEORI TERHADAP  MURID-MURID PRASEKOLAH BESTARI IPG KAMPUS KENINGAU
PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2010 (Kump 2)
Abstrak
Pemerhatian ke atas apa yang berlaku di persekitaran boleh mempengaruhi sikap dan kepercayaan seseorang individu. Pembelajaran pemerhatian berlaku apabila tingkahlaku kita berubah akibat melihat tingkahlaku seorang ‘model’. Kajian ini cuba melihat kesan dan pengaplikasian di kalangan murid-murid Prasekolah Bestari IPG Kampus Keningau terhadap pembelajaran melalui peniruan . Satu video ditayangkan kepada kanak-kanak yang dipilih. Melalui pemerhatian pengkaji didapati keempat-empat murid membuang sampah kedalam tong sampah seperti mana yang dilakukan oleh kanak-kanak dalam video yang telah ditayangkan. Tingkahlaku kanak-kanak tersebut jelas membuktikan bahawa teori pembelajaran sosial Bandura ada kebenarannya.



KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN MORAL DI IPG KAMPUS KENINGAU
 : TEORI UTILITARIANISME DALAM KONTEKS PENJAGAAN ALAM SEKITAR
PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2010 (Kump3)
Abstrak
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran pelatih terhadap amalan penjagaan alam sekitar. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengenalpasti aspek-aspek utama dalam penjagaan alam sekitar dalam kalangan pelatih. Pemerhatian digunakan untuk memerhati kawasan-kawasan kajian yang difokuskan. Dapatan menunjukkan 50 responden telah diterima dengan memilih skala ya sebanyak 60% dalam aspek penjimatan air, 15% dalam aspek penjimatan elektrik dan 25% dalam aspek kebersihan. Data yang diperoleh telah membuktikan bahawa aspek penjimatan elektrik merupakan aspek yang paling kritikal berbanding kedua-dua aspek lain.

KEBERKESANAN PROGRAM BINA INSAN GURU DALAM MELAHIRKAN INSAN BERMORAL KAJIAN KES DI IPG KAMPUS KENINGAU
PISMP Matematik Ambilan Januari 2010 (Kump 4)

ABSTRAK

Kajian terhadap program BIG melalui pandangan moral adalah untuk melihat keberkesanan program itu sendiri dalam melahirkan insan guru (tahu mengajar & bermoral). Pendekatan yang dibahas dalam tulisan ini adalah yang berkaitan dengan konsep yang dirumuskan oleh masyarakat secara umum dalam menentukan nilai-nilai moral baik dan buruk .Dapatan boleh dikatakan bahawa lebih daripada 2/3 sampel memilih jawapan-jawapan yang menunjukkan mereka mengamalkan nilai-nilai moral dalam kehidupan seharian mereka.Lahirnya guru-guru yang bermoral ini mampu melahirkan murid-murid yang bermoral melalui pemahaman nilai-nilai moral itu sendiri. Ini membuktikan keberkesanan program Bina Insan Guru itu sendiri dalam melahirkan insan guru yang bermoral.

Kajian di bawah seliaan:  Ust Hj Mohd Rusli bin Ismail & Ust Misri bin Hj Bohari (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Keningau  untuk Projek ELM3101 Seminar Pendidikan Moral  ;31 Mac 2011 , Khamis , Dewan Kuliah)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Blogroll

Anda Pengunjung ke

View My Stats

Site Info

Text

Misri Hj Bohari Blog Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template