Ahad, 11 Oktober 2009

Tazkiroh Kepimpinan 2

KURSUS JPP IPGM ZON SABAH 2009
28/9/2009 – 1/10/2009 / KEM BTN KUNDASANG SABAH

TAZKIROH :
Ustaz Misri Hj Bohari/ Ketua Unit Kerohanian HEP IPGM Kampus Keningau

Syarat-syarat Menjadi Seorang Pemimpin dan Pemimpian Semua Peringkat Menurut Kaca Mata Islam


Samada seorang itu menjadi pemimpin, guru, amir, mufti, kadi (hakim) da’i atau seorang yang pada hari itu sebagai menteri, wakil rakyat, penghulu dan lain-lain lagi, ia haruslah tertakluk kepada syarat-syarat asas lainnya daripada syarat khas dan am yang berkaitan dengan tugas dan jawatan masing-masing boleh dikatakan syarat-syarat asas itu telah ijma’ ulama’ . Diantaranya ialah:

1. Muslim,’akil baligh dan laki-laki
2. Adil : Ertinya ia tidak fasik seumpama tidak meninggalkan salat beramal apa
yang ia ketahui. Tidak menyalahi katanya akan perbuatannya. Tidak menyalahi akan
kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.
3. Berilmu : Ertinya ia mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu
ain dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang maaruf dan
yang,munkar. Mengetahui perkara-perkara’yang berkaitan dengan pimpinan.
Memahami Al-Quran dan Al-Sunnah
4. Mempunyai kudrat, kemampuan. : Ertinya boleh bertindak bagi menyelesaikan
sesuatu urusan samada menggunakan tenaga; perkataan, tulisan atau flkiran di
dalam apa suasana pun.
5. Beradab mengikut akhlak Islam, : Ertinya seseorang pemimpin haruslah mampu
memberi contoh tauladan mengikut akhlak Islam kepada diri dan orang di bawah
pimpinannya.Selain itu di dalam dirinya mengandungi sifat ikhlas, jujur tidak
angkuh, ria’ dan sebagainya. Ringkasnya terkumpul di dalam dirinya sifat-sifat
terpuji dan jauh dari sifat-sifat terkeji.
6. Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan.

Kewajipan dan hak-hak pemimpin dalam neqara Islam


Al-Farra’ Rahimahallah menyebutkan beberapa kewajipan dan hak- hak pemimpin di antaranya:

1. Menjaga agama mengikut usul-usul yang telah disepakati ulama-ulama
2. Memutuskan hukum ke atas dua pihak yang bertelingkah
3. Menjaga kesejahteraan umat
4. Melaksanakan hudud bagi menjaga berlakunya perkara yang diharamkan Allah
5. Mengawal kampung negeri dari dicerobohi musuh
6. Melakukan jihad ke atas penentang Islam selepas diajak kepada Islam samada
masuk Islam
atau berlindung di bawah negara Islam.
7. Memungut cukai dan zakat seperti yang diwajibkan oleh syara’.
8. Membelanjakan harta baitulmal mengikut yang seperlunya tanpa membazir atau
mengikat
dan membayar pada waktu yang ditetapkan.
9. Menyerahkan tanggungjawab kepada orang-orang yang amanah dan ikhlas bagi
melaksanakan tugas-tugas negara supaya segala kerja boleh dibuat dengan
sempurna dan harta terpelihara.
10. Melibatkan dirinya melihat keadaan umat dan keperluan mereka.

Jika sepuluh kewajipan ini dilaksanakan oleh pemimpin maka wajiblah bagi umat taat dan menyokong pemimpin tersebut.

Pemimpin dalam rumahtangga

Pimpinan di dalam Islam bermula daripada rumahtangga. Masyarakat yang sejahtera bermula daripada rumahtangga yang sejahtera. Kesejahteraan suami isteri hanya tercapai bilamana kehendak Islam itu terlaksana di dalam rumahtangga tersebut.

Di antara hak-hak suami yang harus ditaati oleh isteri ialah:
1. Mentaati suaminya bilamana diajak ke tempat tidur.
2. Tidak harus menunaikan puasa sunat kecuali dengan keizinan suami.
3. Tidak harus membelanjakan harta suami kecuali dengan izinnya.
4. Tidak harus keluar rumah kecuali dengan keizinan suami.
5. Hendaklah isteri beradab kepada suaminya di antaranya jangan mengumpat dan memaki suaminya. Di antaranya jangan bermegah dengan kecantikannya kepada suaminya. Dan jika suaminya huduh jangan pula merendahkannya. Di antaranya sentiasa bertakwa dan’menjaga diri di waktu ketiadaan suami di rumah dan melaksanakan tugas tumahtangga sebaik baiknya.

Di antara hak-hak isteri yang harus dilaksanakan oleh suami nya ialah:

1. Hendaklah suami menghormati isterinya dan hidup bersamanya dengan “maaruf”
dan “ihsan”.
2. Hendaklah suami sentiasa berada di dalam keadaan yang mengembirakan isterinya.
3. Hendaklah suami sentiasa berlapang dada jika berlaku sesuatu perselisihan
dengan isterinya.
4. Hendaklah suami menjadi ikutan yang baik kepada isteri dan keluarganya.
5. Melaksanakan tanggungjawab rumahtangga dengan sebaik baiknya.


Pimpinan ibu bapa terhadap anak-anak

Hak anak-anak yang harus dihormati oleh ibu-bapa seperti yang diterangkan oleh Al-Imam Ghazali di dalam kitab “Ikhya’ ulu muddin” seketika lahirnya di antaranya ialah:

1. Janganlah seseorang itu terlalu bergembira mendapat anak lelaki dan merasa
dukacita mendapat anak perempuan.
2. Setelah anak itu lahir hendaklah diazankan di telinga kanannya dan dikamatkan
di telinga kirinya. Bilamana anak tersebut pandai bercakap sunat di ajarkan
“La ilaha illallah”.
3. Hendaklah diberi nama yang baik. Sabda rasulullah s.aow. yang inermaksud:
“Sesungguhnya kamu akan dipanggil nama kamu dan nama bapa kamu pada hari
kiamat. Sebab itu bagusilah nama-nama kamu”. Sebab itu sesiapa yang
mempunyai nama-nama yang tidak baik digalak menukarkannya kepada nama-nama
yang baik.
4. Melakukan akikah pada hari ke tujuh kelahiran anak.

Hendaklah ibu-bapa memberi didikan yang baik kepada anak-anak mereka. Ajarlah mereka bersembahyang ketika berumur tujuh tahun. Pukullah secara mengajar jika mereka malas ketika berumur sepuluh tahun, marah dan berilah amaran jika mereka tidak menurut selepas itu. Tunjuklah kepada mereka contoh tauladan yang baik di dalam pergaulan sehari-hari, supaya mereka menjadi insan yang baik di masa hadapan.

Kewajapan ini tersimpul di dalam Firman Allah bermaksud “Selamatkanlah diri kamu dan kaum keluargamu dari api neraka.”

Pimpinan ketua terhadap orang-orang di bawahnya

Di antaranya:

1. Hendaklah memulakan “kebaikan” maaruf daripada dirinya sendiri.
2. Tidak bersikap angkuh dan sombong. Boleh jadi ada orang-orang lain yang lebih
baik daripadanya di bidang ilmu dan pimpinan.
3. Bersikap adil iaitu sentiasa meletakkan sesuatu di tempatnya.
4. Bersimpati dengan masaalah-masaalah yang dihadapi oleh orang-orang di bawah
jagaannya dan menyelesaikannya dengan cara yang baik.
Dan bagi seseorang majikan hendaklah “membayar upah sebelum kering keringat
pekerjanya.”



Pimpinan ketua tentera

Seperti yang dipesankan oleh Saidina Abu Bakar r.a.

1. Bila kamu datang kepada perajurit kamu janjilah kepada mereka dengan
kebaikan. Bila kamu berjanji penuhilah janji tersebut.
2. Perbaikilah dirimu nescaya orang-orang di bawahmu menjadi baik:
3. Jika datang kepada kamu utusan musuh muliakanlah , kedudukan mereka,
janganlah mereka itu terlalu dikawal biarlah mereka bebas sedang mereka tidak
mengetahui rahsia kedudukanmu.
4. Jangan biarkan orang lain bercakap dengan utusan musuhmu kamu sendirilah yang
bertutur dengan mereka.
5. Jangan jadikan rahsiamu sama dengan perkara yang tidak rahsia nescaya gagal
tugasmu.Sekiranya kamu bermesyuarat selidiki lah berita nescaya berhasillah
mesyuaratmu.
6 Sekiranya sampai sesuatu berita musuh kepadamu hendaklah kamu rahsiakan
dahulu
7. sehingga kamu menyeledikinya. Jangan hebohkan berita tersebut kepada
tenteramu. Hendaklah bersiap sedia
8. Banyakkanlah pemeriksaan mengejut terhadap perajuritmu siang dan malam.
9. Berilah semangat bila bertemu dengan tenteramu. Janganlah kamu pengecut nescaya
yang lain akan menjadi pengecut.


Pimpinan guru terhadap muridnya

seperti yang disebutkan oleh A1-Imam Ghazali

1. Kasihan dan bertimbangrasa terhadap muridnya supaya terselamat daripada malapetaka.
2. Memandu muridnya ke jalan yang diredai syara’
3. Tidak membiarkan muridnya menerima sebarang nasihat yang tidak baik dari orang
lain.
4. Mengingatkan dengan baik kepada muridnya mengenai bahaya akhlak yang tidak
baik.
5. Mengingatkan muridnya jangan merendah-rendahkan ilmu yang lain yang tidak
dipelajarinya.
6. Menyampaikan ilmu mengikut kadar kemampuan murid.
7. Kepada murid yang tercicir berilah kepadanya penjelasan yang sesuai sehingga
jangan
menimbulkan kebosanan belajar kepadanya.
8. Hendaklah guru beramal dengan ilmunya. Jangan lain apa yang dibuat daripada apa
yang dikata.


Kesimpulan

Dari contoh yang ditunjukkan di atas dapatlah disimpulkan seperti berikut:

1. “Konsep pimpinan dalam Islam” merangkumi semua tingkatan hidup bermula
daripada negara membawa kepada masyarakat, dan rumahtangga.
2. Pimpinan di dalam Islam mengajak manusia kepada yang maaruf dan menegah yang
mungkar.
3. Sumber pimpinan Islam ialah Al-quran dan Al-Sunnah
4. Ajaran Islam hendaklah diresapkan bermula daripada ,individu seterusnya ke
dalam keluarga seterusnya negara.
5. Pimpinan Islam pada setiap masa dan tempat hendaklah memahami dan mengetahui
dasar ajaran Islam dan mengamalkannya terlehih dahulu.
6. Makna pimpinan melibatkan semua pihak daripada ketua negara yang memerintah
membawa kepada menteri-menteri; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai. kanan,
ulama-ulama, guru-guru, suami-isteri, ketua pertubuhan, penghulu dan
lain-lain.
7. Timbulnya krisis, keruntuhan masyarakat, rasuah, dadah, kezaliman, pengelapan
harta benda, penipuan dan lain keburukan adalah disebabkan manusia lari dari
pimpinan Ilahi lalu mengambil pimpinan selainnya.

Penutup

“………Ya Tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa. atau kami tersalah.
Ya Tuhan’ kami jangahlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. ” (Maksud surah Al-Baqarah ayat 286.)

http://misrihjbohari.blogspot.com
Continue Reading...

Kepemimpinan Menurut Islam 1

KURSUS JPP IPGM ZON SABAH 2009
28/9/2009 – 1/10/2009 / KEM BTN KUNDASANG SABAH

TAZKIROH :
Ustaz Misri Hj Bohari/ Ketua Unit Kerohanian HEP IPGM Kampus Keningau


Dalil Naqli

Firman Allah SWT yang bermaksud :
Allah SWT menegaskan perkara ini menerusi ayat 72 surah al-Ahzab yang bermaksud : "Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah(tugas atau urusan keagamaan) kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, akhirnya ia dipikul oleh (makhluk yang bernama) manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim lagi amat bodoh."


Hadis 1 - Sabda Rasulullah SAW :
Dalam satu hadis daripada Abu Hurairah, baginda Rasulullah s.a.w bersabda : "Jika amanah (urusan dan tugas keagamaan itu) hilang (kerana tidak dilaksanakan), maka tunggulah akan berlakunya kiamat, salah seorang sahabat bertanya - Bagaimana amanah itu boleh hilang (kerana tidak dilaksanakan)? Rasulullah menegaskan: "Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah akan berlakunya kiamat." Hadis riwayat Imam Bukhari dengan sanad yang sohih

Hadis 2 - Sabda Rasulullah SAW :
Rasulullah ada menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud daripada Abu Said dan Abu Hurairah : "Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah mereka memilih salah seorang menjadi ketua (pemimpin)." Hadis riwayat Abu Daud dengan sanadnya yang Hasan.

Hadis 3 - Sabda Rasulullah SAW :
Rasulullah bersabda dalam sunnahnya: “Semua kalian adalah pemimpin dan bertanggung jawab terhadap nasib yang dipimpinnya. Amir adalah pemimpin rakyat, dan bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka”. (al-hadits)

Pemimpin dalam Islam adalah sebagai penggerak utama bagi orang-orang yang dipimpinnya. Dia bukanlah dilayani, sebagaimana yang dapat kita saksikan pada sejumlah pemimpin saat ini di mana dia minta dilayani. Pemimpin seharusnya melayani yang dipimpinnya.
Memimpin sebuah organisasi atau negara tentulah berbeza dengan memimpin sebuah perniagaan, baik dari segi kapasiti kemampuan yang diperlukan mahupun tanggungjawab yang dipikulnya.

Bermodalkan kemampuan ‘management’ sudah cukup untuk memimpin sebuah perniagaan. Tetapi untuk memimpin sebuah negara, sungguh tidaklah cukup hanya dengan modal kemampuan pengurusan semata-mata. Sebab memimpin sebuah bangsa bukan hanya membangun jalan, jambatan atau gedung. Tetapi lebih dari itu iaitu membangun manusia.

Kesalahan pengurusan perniagaan paling-paling resikonya mengalami kerugian harta benda. Dalam hal ini pemimpin perusahaan boleh berpindah, bergabung dengan perusahaan lain atau mencari pelabur lain untuk meneruskan perniagaan baru.

Sangat berbeza dengan memimpin sebuah bangsa. Kesalahan dalam mengelolanya akan mengakibatkan kerosakan Meneyeluruh. Bukan hanya berkait kerugian material dan beban hutang yang tidak terselesai. Kerosakan aqidah dan moral bangsa mererosakkan budaya bangsa, yang akan terus diwariskan dari generasi ke generasi. Memperbaikinya tidak cukup satu dua tahun, bahkan mungkin tidak cukup satu generasi. Andai kerugian yang ditimbulkannya hanya menyangkut urusan dunia, barangkali masih bisa dimaklumi. Tetapi ini menyangkut kerugian dunia dan akhirat. Kerana ianya tidak dapat diganti dengan wang berapapun banyaknya.

Kepemimpinan dalam Islam dipandang sebagai amanah. Seorang pemimpin bangsa hakikatnya ia memegang amanah Allah sekaligus amanah masyarakat. Amanah itu mengandungi tanggungjawab mengelola dengan penuh tanggung jawab sesuai dengan harapan dan dan keperluan pemiliknya. Kerananya kepemimpinan bukanlah hak milik yang boleh dinikmati dengan cara sesuka hati orang yang memegangnya.

Ciri-ciri Pemimpin Menurut Islam

1) Setia terhadap Allah SWT.

2) Membawa misi Islam yang global / menyeluruh, rahmat bagi seluruh alam.

3) Mengikuti apa yang diajarkan Islam, antara lain beradab islami.

4) Melaksanakan tanggungjawabnya terhadap Allah, berbuat baik kepada yang dipimpinnya, sebagaimana yang difirmankanNya dalam Surah al-Maidah ayat 8 : yang artinya: “Orang-orang yang Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’aruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan kepada Allahlah kembali segala urusan.”





Asas Kepimpinan Menurut Islam

1) Syura : merupakan prinsip pertama dalam kepemimpinan Islam. Para pemimpin Islam wajib melaksanakan syura dengan orang yang dapat memberikan pandangan atau pemikiran yang baik / bermanfaat, sebagaimana difirmankanNya dalam Surah as-Syura ayat 38 yang artinya, ”Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan salat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”

Pelaksanaan syura ini menjadi asas dalam melaksanakan keputusan.
Pemimpin sudah tentu tidak harus melaksanakan syura dalam semua hal, tetapi dia harus melaksanakan keputusan yang dibuat berdasarkan musyawarah.Dia hendaklah mengelakkan diri dari bermain dengan kata-kata yang menonjolkan pendapatnya atau mengubah keputusan yang diputuskan oleh syura.

2) Adil : Pemimpin hendaklah berlaku adil dalam menjalankan tugasnya tanpa melihat kepada suku, warna kulit ataupun agama. Sifat-sifat buruk seperti dendam, hasad dan sebagainya bukan menjadi sifat pemimpin Islam. Keadilan dan memberikan hak kepada orang lain tetap ditegakkan, meskipun terhadap orang yang dibenci.

Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 8 yang artinya : “Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekalikali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Dalam Islam kebenaran dan keadilan adalah dua perkara yang harus diberikan penekanan, dan tidak boleh bertolak ansur dengannya. Mereka yang mengabaikan atau tidak mementingkan keadilan dan kebenaran, dapat dianggap sebagai pendusta agama. Allah swt berfirman dalam surah an-Niisa ayat 13 tentang penting menegakkan keadilan, yang artinya:
“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu
bapak dan kaum kerabatmu. Jika dia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan”


3) Bebas Menyampaikan Pendapat
Pemimpin Islam perlu menyediakan kesempatan menerima pandangan dan ide membangun dari mereka yang dipimpinnya. Dia memberikan peluang mereka yang dipimpinnya menyampaikan pandangan / pendapat / argumentasi secara bebas dan menjawab segala persoalan yang ditanyakan. Kedudukan sebagai seorang pemimpin bukan menjadi halangan untuk menjelaskan kebenaran. Tegasnya, kepimpinan Islam bukanlah satu bentuk kepimpinan yang zalim. Islam mewajibkan seseorang pemimpin mesti bersikap adil, berunding dan senantiasa hormat menghormati antara pemimpin dan yang dipimpin. Seseorang pemimpin bertanggungjawab bukan saja kepada yang dipimpinnya, tetapi yang lebih berat ialah tanggungjawab dihadapan Allah swt.
Tugas Utama Seorang Pemimpin Menurut Islam

Islam memandang tugas kepemimpinan dalam 2 tugas utama, iaitu menegakkan agama dan mengurus urusan dunia. Sebagaimana tercermin dalam do’a yang selalu dimunajatkan oleh setiap muslim: “Rabbanaa atinaa fid-dunyaa hasanah, wa fil-akhiroti hasanah” (Yaa Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat)

Ada dua tugas kepemimpinan.

Pertama - Menjaga Agama

Seorang kepala negara memiliki tugas dan tanggungjawab untuk menegakkan agar syariat Allah dapat dilaksanakan oleh segenap kaum muslimin. Seorang kepala negara tidak boleh menyerahkan urusan agama kaum muslimin kepada pribadi masing-masing. Yang suka silakan mengerjakan dan yang tidak suka silakan meninggalkan. Kepala negara bertanggung jawab agar kaum muslimin dapat melaksanakan ajaran Islam dengan benar.

Dalam hal ibadah shalat misalnya, pernah suatu hari Rasulullah bersabda dihadapan para sahabat beliau: “Seandainya ada yang menggantikan aku untuk memimpin shalat berjama’ah, maka aku akan mendatangi rumah-rumah kaum muslimin. Siapa diantara kaum laki-laki yang tidak datang menunaikan shalat berjamaah, maka aku akan membakar rumahnya”.

Kejadian serupa juga terjadi di zaman khalifah Umar Bin Khatab hampir saja mengirimkan pasukan perang ke suatu wilayah dibawah pemerintahn Islam di mana penduduknya tidak mahu melaksanakan kewajiban zakat yang telah digariskan oleh Allah SWT.

Contoh diatas memberikan gambaran bahwa seorang kepala negara tidak sekedar mengajak kaum muslimin menjalankan perintah agamanya, tetapi juga sekaligus menegakkannya. Menegakkan agama berarti memberikan fascilities, mendorong, mengawal dan memberikan panduan agar perintah agama dapat dilaksanakan oleh pemeluknya dengan sebaik-baiknya.

Kedua - Mengatur Urusan Dunia.

Dalam tugasnya mengatur urusan dunia, pemimpin bangsa bertanggungjawab untuk memaksimumkan sumber-sumber daya yang dimiliki oleh negara, baik berupa alam, manusia, dana mahupun teknologi untuk sebesar-besarnya menciptakan keadilan, keamanan, kedamaian, kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat luas. Pemimpin juga bertanggungjawab untuk memberikan perlindungan bagi orang-orang yang lemah agar mereka tetap dapat menikmati kehidupan sebagai seorang manusia secara wajar.

Pemimpin tidak boleh membiarkan yang kuat memonopoli aset-aset negara dan yang lemah tertindas. Pemimpin juga tidak boleh berkhianat, dengan mengekploitasi sumber-sumber kekayaan hanya untuk kepentingan pribadi, keluarga mahupun kelompoknya.

Dua tugas ini adalah ini tidak ringan. Orang yang faham tidak akan sanggup memikulnya, kecuali bagi orang orang yang memiliki rasa tanggungjawab besar untuk menyelematkan bangsa ini dari kerugian yang amat besar; yaitu kerugian dunia dan kerugian akhirat.
Pendapat Ulama’ Islam Mengenai Kepimpinan

Mengingat besarnya tugas dan tanggungjawan pemimpin sebuah bangsa, iaitu menjaga agama dan mengatur urusan dunia, maka ulama-ulama Islam memiliki kriteria tersendiri bagi seorang yang akan digelar pemimpin negara.

Pendapat Pertama : Abu Hasan Al-Mawardi dalam kitab al-Ahkam as-Sulthaniyah menetapkan tujuh syarat bagi seorang Ketua Negara, iaitu:

1) Keadilan yang meliputi segala hal
2) Ilmu pengetahuan sampai pada tingkat sanggup berijtihad
3) Kesejahteraan indera pendengaran, penglihatan dan lisan
4) Kesejahteraan anggota badan
5) Kecerdasan sampai pada tingkat sanggup memimpin rakyat dan mengurus kesejahteraan
mereka
6) Keberanian dan ketabahan sampai pada tingkat sanggup mempertahankan kehormatan dan
berjihad melawan musuh
7) Berbangsa dan berdarah Qurays.

Pendapat Kedua : Ibnu Khuldun dalam Kitab Muqaddimah nya pula menetapkan empat syarat, antara lain:

1) Ilmu Pengetahuan sampai pada tingkat mampu berijtihad
2) Keadilan, kerana keadilan menjadi syarat bagi segala macam jabatan
3) Kesanggupan, iaitu berani menjalankan had dan menghadapi peperangan serta mengerahkan
rakyat untuk berperang, mengetahui hal ehwal diplomasi dan cakap bersiasat
4) Kesejahteraan pancaindera dan anggota badan.

Pendapat Ketiga : Abdul Kadir Audah pula mencatat lapan syarat antara lain:

1) Islam
2) Lelaki
3) Taklif
4) Berilmu
5) Keadilan
6) Berkeemampuan
7) Kesihatan

http ://misrihjbohari.blogspot.com
Continue Reading...
 

Blogroll

Anda Pengunjung ke

View My Stats

Site Info

Text

Misri Hj Bohari Blog Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template