Jumaat, 7 Februari 2025

Dialog Guru PdP dan Guru PdPc

 DIALOG ANTARA CIKGU PDP DAN CIKGU PDPC: PERBEZAAN ANTARA PDP DAN PDPC


Watak:

  • Cikgu PDP: Seorang guru yang biasa dengan konsep Pengajaran dan Pembelajaran (PDP).
  • Cikgu PDPC: Seorang guru yang lebih mengamalkan konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Murid (PDPC).

(Di bilik guru, selepas mesyuarat kurikulum sekolah)

Cikgu PDP:
Assalamualaikum, Cikgu! Saya perasan sekarang ramai guru bercakap tentang PDPC. Saya selama ini lebih biasa dengan istilah PDP. Apa sebenarnya perbezaan antara PDP dan PDPC?

Cikgu PDPC:
Waalaikumussalam, Cikgu. Bagus soalan tu! Sebenarnya, Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) lebih kepada konsep tradisional yang menekankan peranan guru sebagai pemberi ilmu utama dalam kelas. Guru mengajar, murid mendengar dan mencatat.

Cikgu PDP:
Oh, maksudnya lebih kepada teacher-centered learning?

Cikgu PDPC:
Ya, betul! Dalam PDP, guru banyak mengawal perbincangan, memberi ceramah, dan memastikan murid memahami melalui latihan yang diberi. Namun, Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Murid (PDPC) lebih menekankan keterlibatan aktif murid.

Cikgu PDP:
Hmm... boleh bagi contoh bagaimana perbezaannya dalam satu topik?

Cikgu PDPC:
Baik! Katakan kita mengajar topik Sejarah tentang Kesultanan Melayu Melaka.

  • Dalam PDP, saya sebagai guru akan menerangkan tentang asal-usul Kesultanan Melayu Melaka, sistem pentadbiran, dan perkembangannya. Saya mungkin guna slaid, sedikit perbincangan, dan kemudian murid buat latihan dalam buku teks.
  • Dalam PDPC, saya akan bagi murid satu kajian kes, contohnya, bagaimana struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka boleh dibandingkan dengan sistem pentadbiran Malaysia hari ini. Murid akan dibahagikan kepada kumpulan, buat pembentangan, guna teknologi seperti Padlet atau Google Slides, dan akhirnya mereka akan berbincang serta membuat refleksi tentang apa yang mereka pelajari.

Cikgu PDP:
Oh, jadi dalam PDPC, murid lebih aktif?

Cikgu PDPC:
Ya! PDPC menekankan active learning, collaborative learning, dan pendekatan higher-order thinking skills (HOTS) supaya murid lebih memahami konsep secara mendalam dan bukan sekadar menghafal.

Cikgu PDP:
Faham! Jadi, PDPC ni lebih sesuai dengan pembelajaran abad ke-21?

Cikgu PDPC:
Tepat sekali! Dengan perkembangan teknologi dan maklumat yang mudah diakses, murid tak boleh hanya bergantung pada guru. Mereka perlu belajar bagaimana untuk berfikir, meneroka, dan mencari maklumat sendiri.

Cikgu PDP:
Menarik! Tapi, bagaimana dengan mata pelajaran yang lebih berfokuskan hafalan, seperti Pendidikan Islam?

Cikgu PDPC:
Mata pelajaran seperti Pendidikan Islam pun boleh guna PDPC! Contohnya, dalam tajuk Tajwid, daripada saya hanya menerangkan hukum-hukum tajwid secara langsung, saya boleh beri murid satu ayat al-Quran, minta mereka cari hukum tajwid dalam ayat tersebut, dan kemudian buat perbincangan dalam kumpulan.

Cikgu PDP:
Wah, itu memang buat murid lebih faham dan berfikir sendiri! Saya rasa saya kena mula ubah pendekatan saya sedikit demi sedikit.

Cikgu PDPC:
Bagus, Cikgu! PDPC bukan bermaksud kita tinggalkan terus cara tradisional, tetapi kita seimbangkan dengan pendekatan yang lebih interaktif supaya murid lebih berminat dan memahami ilmu dengan lebih baik.

Cikgu PDP:
Terima kasih banyak, Cikgu! Nampaknya saya ada kerja rumah untuk ubah strategi pengajaran saya.

Cikgu PDPC:
Sama-sama! Kita sama-sama belajar untuk jadi pendidik yang lebih baik.


TAMAT 🎓📚

Continue Reading...

Rabu, 4 Ogos 2021

Amalan Ayat 33


 


AMALAN AYAT 33

 

1﴿بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ٧

2﴿الٓمٓ١ ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ٢ ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ٣ وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأٓخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ٤ أُوْلَٰٓئِكَ عَلَىٰ هُدٗى مِّن رَّبِّهِمۡۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ٥

3﴿ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةٞ وَلَا نَوۡمٞۚ لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِي يَشۡفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيۡءٖ مِّنۡ عِلۡمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَ‍ُٔودُهُۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ٢٥٥ لَآ إِكۡرَاهَ فِي ٱلدِّينِۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَيِّۚ فَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلطَّٰغُوتِ وَيُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ٢٥٦ ٱللَّهُ وَلِيُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَوۡلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّٰغُوتُ يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَٰتِۗ أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ٢٥٧

4﴿لِّلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ وَإِن تُبۡدُواْ مَا فِيٓ أَنفُسِكُمۡ أَوۡ تُخۡفُوهُ يُحَاسِبۡكُم بِهِ ٱللَّهُۖ فَيَغۡفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ٢٨٤ ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّن رُّسُلِهِۦۚ وَقَالُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَاۖ غُفۡرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيۡكَ ٱلۡمَصِيرُ٢٨٥ لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ٢٨٦

5﴿إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٖ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِۖ يُغۡشِي ٱلَّيۡلَ ٱلنَّهَارَ يَطۡلُبُهُۥ حَثِيثٗا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ وَٱلنُّجُومَ مُسَخَّرَٰتِۢ بِأَمۡرِهِۦٓۗ أَلَا لَهُ ٱلۡخَلۡقُ وَٱلۡأَمۡرُۗ تَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَٰلَمِينَ٥٤ ٱدۡعُواْ رَبَّكُمۡ تَضَرُّعٗا وَخُفۡيَةًۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ٥٥ وَلَا تُفۡسِدُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ بَعۡدَ إِصۡلَٰحِهَا وَٱدۡعُوهُ خَوۡفٗا وَطَمَعًاۚ إِنَّ رَحۡمَتَ ٱللَّهِ قَرِيبٞ مِّنَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ٥٦

6﴿قُلِ ٱدۡعُواْ ٱللَّهَ أَوِ ٱدۡعُواْ ٱلرَّحۡمَٰنَۖ أَيّٗا مَّا تَدۡعُواْ فَلَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ وَلَا تَجۡهَرۡ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتۡ بِهَا وَٱبۡتَغِ بَيۡنَ ذَٰلِكَ سَبِيلٗا١١٠ وَقُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِي لَمۡ يَتَّخِذۡ وَلَدٗا وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ شَرِيكٞ فِي ٱلۡمُلۡكِ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ وَلِيّٞ مِّنَ ٱلذُّلِّۖ وَكَبِّرۡهُ تَكۡبِيرَۢا١١١

7﴿وَٱلصَّٰٓفَّٰتِ صَفّٗا١ فَٱلزَّٰجِرَٰتِ زَجۡرٗا٢ فَٱلتَّٰلِيَٰتِ ذِكۡرًا٣ إِنَّ إِلَٰهَكُمۡ لَوَٰحِدٞ٤ رَّبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا وَرَبُّ ٱلۡمَشَٰرِقِ٥ إِنَّا زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِزِينَةٍ ٱلۡكَوَاكِبِ٦ وَحِفۡظٗا مِّن كُلِّ شَيۡطَٰنٖ مَّارِدٖ٧ لَّا يَسَّمَّعُونَ إِلَى ٱلۡمَلَإِ ٱلۡأَعۡلَىٰ وَيُقۡذَفُونَ مِن كُلِّ جَانِبٖ٨ دُحُورٗاۖ وَلَهُمۡ عَذَابٞ وَاصِبٌ٩ إِلَّا مَنۡ خَطِفَ ٱلۡخَطۡفَةَ فَأَتۡبَعَهُۥ شِهَابٞ ثَاقِبٞ١٠ فَٱسۡتَفۡتِهِمۡ أَهُمۡ أَشَدُّ خَلۡقًا أَم مَّنۡ خَلَقۡنَآۚ إِنَّا خَلَقۡنَٰهُم مِّن طِينٖ لَّازِبِۢ١١

8﴿يَٰمَعۡشَرَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ إِنِ ٱسۡتَطَعۡتُمۡ أَن تَنفُذُواْ مِنۡ أَقۡطَارِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ فَٱنفُذُواْۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلۡطَٰنٖ٣٣ فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ٣٤ يُرۡسَلُ عَلَيۡكُمَا شُوَاظٞ مِّن نَّارٖ وَنُحَاسٞ فَلَا تَنتَصِرَانِ٣٥

9﴿لَوۡ أَنزَلۡنَا هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٖ لَّرَأَيۡتَهُۥ خَٰشِعٗا مُّتَصَدِّعٗا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَٰلُ نَضۡرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ٢١ هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِي لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَٰدَةِۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَٰنُ ٱلرَّحِيمُ٢٢ هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِي لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَيۡمِنُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡجَبَّارُ ٱلۡمُتَكَبِّرُۚ سُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشۡرِكُونَ٢٣ هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ يُسَبِّحُ لَهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ٢٤

10﴿ وَأَنَّهُۥ تَعَٰلَىٰ جَدُّ رَبِّنَا مَا ٱتَّخَذَ صَٰحِبَةٗ وَلَا وَلَدٗا٣ وَأَنَّهُۥ كَانَ يَقُولُ سَفِيهُنَا عَلَى ٱللَّهِ شَطَطٗا٤

 

 

 

AMALAN AYAT 33

Dan direntangkan di antara orang yang membacanya dan seterunya dengan satu pagar daripada besi. Dan dikatakan pada ayat 33 ini ubat kepada 100 jenis penyakit (kita berdoa semoga Allah SWT menyembuhkan kita daripada semua penyakit itu) termasuklah penyakit kusta, gila, sopak dan mati anggota (lumpuh).

Yang dimaksudkan ayat 33 ini adalah 33 ayat-ayat terpilih daripada Al-Quran Al-Karim. Ayat-ayat ini dinyatakan dan digunakan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW

Ubai bin Kaab R.A. meriwayatkan "Sewaktu kami bersama Rasulullah S.A.W datang seorang Badwi kepada baginda dan berkata "Ya Rasulullah, saya ada saudara yang ditimpa penyakit. "Baginda bertanya: "Penyakit apa?" Jawabnya " Sejenis penyakit gila". Rasulullah meminta orang itu membawa saudaranya, lalu baginda membaca ayat2 di atas. Kemudian orang sakit itu pun bangun dan pergi dari situ, penyakitnya telah hilang. ( Kanzul Ummal Jilid 1 m.s. 212 )

Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat dalam kitab Hayatus Sahabah (Jilid 3 mukasurat 374) karangan As-Syeikh Al-Kabir Maulana Yusuf r.a. dan dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Al-Hakim dan At-Tirmizi.


 

Contoh berdo'a: (Repeat: contoh saja) Ya, Allah.... jadikanlah pembacaan ayat2 Engkau ini sebagai ubat untuk .................

 

#Ijazah Amalan daripada : Syeikh Khalid b. Ibrahim,

 Dr Mat Nawi b. Jusoh (Darul Waqie) & Ust Mohd Tarmizi b.Yusof

 


Continue Reading...

CHANNEL USTAZ MISRI


 

Continue Reading...

Rabu, 25 April 2018

ATAHUKAH ANDA ASAL USUL BANGSA MELAYU?

Cuba kaji dan buat analisis video di bawah ini...


Asal Usul Melayu

Continue Reading...

Khamis, 3 Mac 2016

TIPS TEMUDUGA

PADA HARI TEMUDUGA:
  1. Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas.
  2. Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.
  3. Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan.
  4. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).
  5. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat.
  6. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin.


TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA:
  1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam.
  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian.
  3. Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  4. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
  5. Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.
  6. Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini.
  7. Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.
  8. Biarkan penemuduga memulakan perbualan.
  9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.
  10. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.
  11. Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula. Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato’/ Dato’ Seri/Tuan/Puan/Encik dan sebagainya.
  12. Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.
  13. Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna.
  14. Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka.
  15. Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat.
  16. Cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab musabab yang munasabah.
  17. Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan.
  18. Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.
  19. Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.
  20. Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.
  21. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  22. Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda tunjukkan.
  23. Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, "I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan". Ataupun "You taulah, problem ini begitu complicated". Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.
  24. Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda ‘observant’ atau tidak.
  25. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  26. Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu.
Tambahan: Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan yang munasabah.

Sumber: SPP



Continue Reading...

Jumaat, 15 Mei 2015

Contoh Laporan Unit Kebajikan dan Sosial


UNIT KEBAJIKAN DAN SOSIAL

1.Menyelaras Takwim Tahunan JHEP
2.Mengurus memo dan dan minit mesyuarat JK Perhimpunan Rasmi
3.Mengurus Perhimpunan Profesionalisme Pelajar/ Dialog Pelajar
4.Menyelia urusan aduan pelanggan intranet & secara terus
5.Urusetia JK Aduan Pelanggan
6.Mengurus dan mengemaskini Fail Peribadi Pelajar (berkaitan
   kebajikan)
7.Membantu urusan penyempurnaan fail peribadi pelajar
8.Membantu urusan Taklimat  Tapisan Keselamatan
9.Mengurus permohonan berkahwin, sambung kursus dan lawatan
   luar negara
10.Mengurus perlindungan takaful pelajar
11.Mengurus kebajikan pelajar sakit, kemalangan dan kematian
12.Menyelaras jemputan penceramah luar
13.Bersedia menerima arahan Ketua Jabatan Hal
    Ehwal Pelajar dari semasa ke semasa




LAPORAN AKTIVITI

1.Menguruskan caruman takaful untuk semua pelajar

-         Caruman tahunan bagi semua pelajar akan dikutip pada awal tahun bagi tahun 2014 seramai 955 orang pelajar telah dicarumkan bersama Syarikat Etiqa Takaful Berhad (266243D) iaitu Group Family Takaful
-         Setiap pelajar akan mencarum sebanyak RM 30.00 sahaja
-         Antara Manfaat Takaful ialah:
i. Kematian                                            RM 15,000.00
ii.Lumpuh/Hilang Upaya Kekal              RM 15,000.00
iii.Bayaran Perubatan                            RM   1,000.00
iv.Bayaran Pengkebumian                    RM   2,000.00

-         Antara sumbangan Takaful yang berjaya diuruskan ialah bagi kematian Puan Nurul Ain binti Abd Aziz pelajar
DPLI j-QAF Ambilan Jan 2013. Bagi kes ini suaminya En. Muhammad Muaz bin Mohd Subki telah menerima manfaat takaful bagi isterinya sebanyak RM 15,000.00 manfaat kemalangan yang meragut nyawa, RM 15,000.00 manfaat kematian dan RM 2,000.00 bagi urusan pengkebumian.
Penyampaian cek telah disempunakan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dr. Jefridin bin Pilus pada 12 September 2014 di Jabatan Hal Ehwala Pelajar. 

      2. Menguruskan permohonan nikah/berkahwin

Merujuk kepada Buku Peraturan Pelajar Institut Pendidikan      Guru terbitan Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar IPGM Edisi 2011 menyatakan bahawa,

Perkara  11: Berkahwin Semasa Pengajian
11.1 Pelajar tidak boleh berkahwin semasa berkursus kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah.
11.2 Permohonan berkahwin hendaklah dikemukakan kepada Pengarah tiga (3) bulan sebelum tarikh perkahwinan.
11.3 Semua urusan perkahwinan perlu mematuhi undang-undang perkahwinan yang diguna pakai di Malaysia.

-         Sehubungan dengan itu, Unit Kebajikan dan Sosial JHEP perlu mendaftarkan semua permohoan pelajar IPGKPI dengan mengemukakan permohoanan kepada pihak pengarah sebelum dipanjangkan kepada SHEPHL IPGM
-         Berakhir pada 13 November 2014 pendaftaran perkahwinan bagi pelajar IPGKPI adalah seperti berikut:

PISMP
DPLI
49
24
Jumlah
73

    3. Menyelaraskan semua perhimpunan rasmi
-         Berikut disenaraikan tarikh-tarikh  mengikut bulan bagi setiap perhimpunan mingguan dan bulanan seperti berikut:

Bulan
Tarikh Perhimpunan
Januari
7, 21
Februari
11, 18 dan 25
Mac
4 dan 11
April
1, 8, 15, 22 dan 29
Mei
6
Jun
28 (untuk Kursus Dalam Cuti)
Julai
1,8 dan 22
Ogos
5,12,19 dan 26
September
2, 16,23 dan 30
Oktober
21
November
24 (Untuk KDC)
Disember
Tiada

4.  Menguruskan permohonan keluar Negara

-         Secara individu
-         Secara berkumpulan

    5.  Menyelaras kutipan sumbangan khairat kematian/ musibah
-         Untuk pelajar
-         Untuk Ibu/ Bapa

    6.  Mengemaskini maklumat pelajar asnaf

    7.Menzirahi pelajar di hospital/ rumah
-         Sakit
-         Kemalangan
-         Kematian

    8.Menguruskan penghantaran pelajar sakit
-         Ke Klinik
-         Ke Hospital
-         Ke Rumah Saudari Siti Hafizah binti Mohd Yusopp di Kampung Tok Hin darat Kuala Kurau, Perak.
-         Berdasarkan buku daftar pelajar ke klinik atau hospital seramai 149 orang telah mencatatkan nama untuk urusan rawatan

      9.Lain-lain aktiviti
-         Derma Darah 25.1.2014 –Penderma lelaki seramai 62 orang dan perempuan seramai 79 orang  berjumlah 141 orang penderma darah
-         ‘Bone Health Check’ oleh Anlene
-         Kerjasama dengan Biro Kebajikan dan Sosial (BIKES) JPP antaranya ialah:

i. Perkhidmatan bas ke KLIA
Unit Kebajikan dan Sosial dengan kerjasama Biro Kebajikan dan Sosial JPP telah menyediakan perkidmatan bas untuk ke KLIA bagi pelajar yang tinggal di Sabah atau Sarawak. Perkhidmatan tersebut disediakan khas untuk pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing tanpa dikenakan bayaran ke atas mereka. 
         
          ii. Perkhidmatan bas ke stesen kajang
Unit Kebajikan dan Sosial dengan kerjasama Biro Kebajikan dan Sosial telah menyediakan perkidmatan bas untuk ke Stesen Kajang bagi pelajar yang tinggal di utara dan pantai timur. Perkhidmatan tersebut disediakan khas untuk pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing tanpa dikenakan bayaran ke atas mereka. 

iii. Majlis ifthar jamaie bersama ajk kebajikan
Unit Kebajikan dan Sosial dengan kerjasama Biro Kebajikan dan Sosial 2014 telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa (AJK ) di Restoran Bandar Baru Bangi Tom Yam (BBB Tom Yam) pada 11 Julai 2014 yang lepas bersamaan dengan 13 Ramadhan 1435 hijrah. Selain itu, pengerusi biro Kebajikan dan Sosial iaitu saudara Naufal meminta kepada semua ahli jawatankuasa untuk berbincang mengenai aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang tahun 2014.


iv. Ziarah rumah pelajar kematian ahli keluarga
        Unit Kebajikan dan Sosial dengan kerjasama Biro Kebajikan dan Sosial             telah melaksanakan ziarah ke rumah pelajar yang kematian ahli keluarga.         ziarah tersebut telah telah diadakan di Muar, Johor oleh salah seorang             pelajar bernama Muhammad Taufiq bin Masrikin @ Mohd Tarmizi ppismp         ambilan Jun 2014. Objektif diadakan program ziarah tersebut adalah                 untuk memberikan peluang kepada ahli jawatankuasa (ajk) kebajikan dan         sosial untuk membantu pelajar tersebut dari segi masa dan tenaga serta           mengambil pengajaran dan iktibar daripada ujian yang menimpa.
Continue Reading...
 

Blogroll

Anda Pengunjung ke

View My Stats

Site Info

Text

Misri Hj Bohari Blog Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template