Assalamulaikum wbt dan Salam Sejahtera semua....
Menyepi untuk menimbo ilmu drp tuan-tuan guru
nak berkongsi maklumat dan fakta mengenai stres.
Menurut Prof.Madya Dr. Zarida Hambali
(Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM)
Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi
dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Ia bukan
penyakit. Namun begitu, jika beban tekanan adalah tinggi dan berlaku dalam
jangkamasa yang panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan. Merupakan tindak balas
fizikal dan emosi yang berlaku apabila kehendak kerja tidak standing dengan
kemajuan, sumber atau keperluan pekerja.
Menutut bacaan Graf Stres Hans Selve:Bila stres rendah, hasil
kerjanya juga rendah kerana kurangnya motivasi dan tumpuan kepada kerja.Bila
stres berada di peringkat tinggi , seseorang itu akan mengalami tekanan dan
menunjukkan tanda-tanda stres.
Tanda-tanda dan gejala stres dapat
dilihat daripada segi fizikal seperti adalah seperti
gementar,berpeluh,rasa Seram sejuk,tangan dan kaki rasa sejuk,sakit kepala atau
rasa mual/nak muntah, bernafas laju, kering mulut,kerap buang air kecil, kerap buang air
besar,cirit- birit, kurang selera makan,mudah dapat serangan penyakit seperti
asma, sakit belakang badan, masalah penghadaman, sakit kepala, gatal-gatal, masalah hubungan kelamin, sakit-sakit badan dan cepat letih.
Tanda-tanda psiko logikal pula adalah seperti:kebimbangan,keliru
dan kurang daya tumpuan,sukar kawalan diri,berlaku perubahan emosi seperti
:tekanan perasaan,kekecewaan,mewujudkan permusuhan,rasa tak berdaya,kurang
sabar dan cepat marah,lemah Semangat,susah nak tidur,mudah terpengaruh
mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan arak
Berlaku pula gangguan fikiran seperti,sukar membuat keputusan,kurang
minat terhadap aktiviti harian tidak merasa tercabar terhadap situasi yang
sukar.Pemikiran positif terganggu disebabkan oleh:sering berfikiran negatif
dan kurang memberi perhatian.Juga berlaku penurunan kekuatan mental dalam
menghadapi perasaan bingung, takut, kecewa dan cepat marah.
Gejala seterusnya berlaku terhadap
tingkah laku seperti bercakap dengan cepat dan kuat,sering menguap,suka
gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih berperasaan yang
negatif seperti mudah tersinggung,terlalu bergantung kepada orang lain,suka
memberi komen dan kritik orang lain,boleh bertindak ganas,bertindak secara
tidak logik.o Bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi kurang kecekapan
diri,mudah lupa,selalu membuat kesilapan,sering terlibat kemalangan, dan kurang
produktiviti kerja.
Punca stress di tempat kerja
• Jenis kerja
- kerja yang menjemukan atau kerja yang berulang-ulang
- terlalu banyak kerja dan kurang masa
• Tanggungjawab
- tiada tanggungjawab yang jelas (konflik tugas)
- bertanggungjawab terhadap kerja lain selain kerja sendiri
• Hubungan rakan sejawat
- komunikasi tidak berkesan
- gangguan kerja (bullying) dan gangguan seksual
• Persekitaran yang tidak selesa
- bising, kawasan yang kotor, pencemaran, panas dan sempit
‐ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai
• Pengurusan dan organisasi
- budaya menyalahkan pekerja
- tiada sokongan terhadap kerja seperti peralatan yang tidak
lengkap kenderaan,
kurang penghargaan dan tiada insentif
- kurang sokongan untuk meningkatkan kerjaya seperti tiada
kursus dan sukar
untuk naik pangkat
- tiada penglibatan dalam membuat keputusan atau polisi
-waktu kerja yang tidak fleksibel.
• Ketidakseimbangan kerjaya dan rumahtangga
Faktor yang menyumbang kepada stres jenis ini ialah:
o Beban kerja yang tinggi atau terlalu kurang
o Dibebani oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan pengalaman
anda
o Menghadapi banyak rintangan yang tidak sepatutnya diselesaikan
oleh anda
o Tekanan dari segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu
disiapkan
o Kurang kemampuan untuk mengikuti peredaran masa
o Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja
o Kurang mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang
bersesuaian
o Tidak jelas tentang objektif yang hendak dicapai
o Tidak jelas tentang kehendak ketua terhadap peranan anda
o Dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan, sumber
kewangan
dan peralatan
o Tekanan perkembangan kerjaya seperti:
-Dalam tempoh percubaan, kecewa dan jemu terhadap
pekerjaan
sekarang
-Kenaikan pangkat di luar kemampuan diri
-Tidak jelas tentang perkembangan kerjaya pada masa akan datang
-Tiada peluang kenaikan pangkat
-Tiada jaminan pekerjaan
o Tekanan daripada organisasi atau pelanggan seperti
-Tekanan dari pihak atasan
-Campur tangan terhadap bidang tugas
- Tuntutan berlebihan daripada pelanggan
-Gangguan terhadap perancangan kerja
-Gangguan telefon
o Tekanan atas diri sendiri dan keluarga seperti:
�Masalah kewangan
�Masalah hubungan
dengan keluarga
�o Penyakit yang
dialami
�o Perubahan hidup
seperti kelahiran, kematian, perkahwinan danpenceraian
Lain-lain punca stres
a. Stres Ancaman (survival) :
Berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam sama ada dari
segi emosi,
fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang
sedang dihadapi.
b. Stres dalam diri sendiri:
Di mana anda adalah seorang yang mempunyai personaliti Jenis A
iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja,
terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi. .
Apabila anda terlalu mengharapkan kesempurnaan yang sukar
dicapai. Lima harapan
kesempurnaan yang tidak realistik oleh seseorang itu adalah:
o Anda mengharapkan orang lain mengagumi dan menyayangi anda
o Anda menggagap diri anda kompeten setiap masa
o Anda mempercayai orang lain yang menyebabkan segala kegagalan
anda
o Anda mengharapkan setiap kerja yang di hasilkan adalah
sempurna yang dikehendaki oleh anda dan orang lain perlu mengikut kata-kata
anda
o Anda mempercayai pengalaman buruk yang lepas akan mempengaruhi
masa depan anda
c. Stres disebabkan bahan kimia dan pemakanan
• "Caffeine" boleh menyebabkan hormon stres dalam
badan anda meningkat, sukar hendak tidur dan menyebabkan anda tidak selesa
• Peningkatan kandungan gula dalam darah dari pengambilan
makanan yang manis dan coklat boleh memberi tenaga berlebihan kepada diri anda
dalam masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan badan anda menghasilkan lebih
banyak insulin bagi mengimbangi kandungan gula itu . Ia boleh memberi
kesan ke atas penurunan tenaga yang mendadak selepas kenaikan
kadar gula yang tinggi
• Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan
peningkatan tekanan darah dan meletakkan badan anda mengalami stres disebabkan
berlebihan bahan kimia.
Komplikasi
Dalam jangka masa panjang, stres boleh memberi kesan yang teruk
kepada diri anda.
Anda perlu mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini,
sekiranya tidak, ia akan
memberi kesan kepada diri anda seperti berikut:
• Mudah keletihan dan cepat penat
• Kekecewaan
• Hilang semangat ( "burn out" )
Cara mengurangkan stres
• Mengubahsuai punca stress dengan :
- Banyak berdoa
- penyelesaian masalah secara musyawarah
- perancangan kerja dengan baik
- pengurusan masa yang bijak
- berkomunikasi secara lebih berkesan
- mengubahsuai punca stress dalam organisasi seperti polisi,
prosedur dan masa yang tidak fleksibel
• Mengelak stress dengan :
- elakkan beban kerja berlebihan
- mengetahui kemampuan sendiri
- menolak daripada membuat sesuatu yang melebihi kemampuan
sendiri
- membuat kerja secara muafakat.
• Meningkatkan ketahanan diri dengan :
- mengamalkan cara hidup sihat (beriadah, makanan seimbang)
- merehatkan minda (lakukan amalan seperti senaman pernafasan
dan relaksasi
otot secara progresif)
- meningkatkan ibadah (amalkan istighfar, selawat, zikir dan doa
selalu)
- berfikir secara positif
- mampu (menerima kritikan dengan baik)
PERUNDANGAN
• Seksyen 15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,
menetapkan tugas am bagi majikan untuk menyediakan tempat kerja yang selamat dan
sihat dan menjamin kesejahteraan pekerja.
Menyediakan tempat kerja yang
selamat dan sihat termasuk memastikan bahawa tiada kesan negative daripada
factor-faktor
seperti kebisingan, bau, pencahayaan, suhu, kelembapan,
pengalihudaraan, habuk, getaran dan bahan berbahaya.
• Majikan juga hendaklah mengamalkan budaya tempat kerja yang
berkualiti seperti mengutamakan persekitaran kerja yang terbuka,
mengamalkan dialog dan perhubungan secara meluas, memberi peluang samarata dan
tiada diskriminasi serta memastikan penyelesaian masalah bersama.
Masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh diselesaikan oleh
Jawatankuasa OSH yang ditubuhkan di bawah Seksyen 30.
• Akta Pekerjaan 1955 mengandungi peruntukan khas bagi mengawal
masa kerja termasuk hari rehat, kepanjangan masa kerja, masa rehat, kerja
shift dan jumlah kerja lebih masa.
Wassalam....