UNIT KEBAJIKAN DAN SOSIAL
1.Menyelaras
Takwim Tahunan JHEP
2.Mengurus memo
dan dan minit mesyuarat JK Perhimpunan Rasmi
3.Mengurus
Perhimpunan Profesionalisme Pelajar/ Dialog Pelajar
4.Menyelia
urusan aduan pelanggan intranet & secara terus
5.Urusetia JK
Aduan Pelanggan
6.Mengurus dan
mengemaskini Fail Peribadi Pelajar (berkaitan
kebajikan)
7.Membantu
urusan penyempurnaan fail peribadi pelajar
8.Membantu
urusan Taklimat Tapisan Keselamatan
9.Mengurus
permohonan berkahwin, sambung kursus dan lawatan
luar
negara
10.Mengurus
perlindungan takaful pelajar
11.Mengurus
kebajikan pelajar sakit, kemalangan dan kematian
12.Menyelaras
jemputan penceramah luar
13.Bersedia
menerima arahan Ketua Jabatan Hal
Ehwal Pelajar dari semasa ke semasa
LAPORAN AKTIVITI
1.Menguruskan
caruman takaful untuk semua pelajar
-
Caruman tahunan
bagi semua pelajar akan dikutip pada awal tahun bagi tahun 2014 seramai 955
orang pelajar telah dicarumkan bersama Syarikat Etiqa Takaful Berhad (266243D)
iaitu Group Family Takaful
-
Setiap pelajar
akan mencarum sebanyak RM 30.00 sahaja
-
Antara Manfaat
Takaful ialah:
i. Kematian RM 15,000.00
ii.Lumpuh/Hilang Upaya Kekal RM 15,000.00
iii.Bayaran Perubatan RM
1,000.00
iv.Bayaran Pengkebumian RM
2,000.00
-
Antara sumbangan
Takaful yang berjaya diuruskan ialah bagi kematian Puan Nurul Ain binti Abd
Aziz pelajar
DPLI j-QAF Ambilan Jan 2013. Bagi kes ini suaminya En. Muhammad Muaz
bin Mohd Subki telah menerima manfaat takaful bagi isterinya sebanyak RM
15,000.00 manfaat kemalangan yang meragut nyawa, RM 15,000.00 manfaat kematian
dan RM 2,000.00 bagi urusan pengkebumian.
Penyampaian
cek telah disempunakan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dr. Jefridin bin
Pilus pada 12 September 2014 di Jabatan Hal Ehwala Pelajar.
2. Menguruskan
permohonan nikah/berkahwin
Merujuk kepada Buku
Peraturan Pelajar Institut Pendidikan Guru terbitan Sektor Hal Ehwal Pelajar dan
Hubungan Luar IPGM Edisi 2011 menyatakan bahawa,
Perkara 11: Berkahwin
Semasa Pengajian
11.1 Pelajar tidak boleh berkahwin semasa berkursus kecuali mendapat kebenaran
bertulis daripada Pengarah.
11.2 Permohonan berkahwin hendaklah dikemukakan kepada Pengarah tiga (3)
bulan sebelum tarikh perkahwinan.
11.3 Semua urusan perkahwinan perlu mematuhi undang-undang perkahwinan yang
diguna pakai di Malaysia.
-
Sehubungan
dengan itu, Unit Kebajikan dan Sosial JHEP perlu mendaftarkan semua permohoan
pelajar IPGKPI dengan mengemukakan permohoanan kepada pihak pengarah sebelum
dipanjangkan kepada SHEPHL IPGM
-
Berakhir pada 13
November 2014 pendaftaran perkahwinan bagi pelajar IPGKPI adalah seperti
berikut:
PISMP
|
DPLI
|
49
|
24
|
Jumlah
|
73
|
3. Menyelaraskan
semua perhimpunan rasmi
-
Berikut
disenaraikan tarikh-tarikh mengikut
bulan bagi setiap perhimpunan mingguan dan bulanan seperti berikut:
Bulan
|
Tarikh
Perhimpunan
|
Januari
|
7,
21
|
Februari
|
11,
18 dan 25
|
Mac
|
4
dan 11
|
April
|
1,
8, 15, 22 dan 29
|
Mei
|
6
|
Jun
|
28
(untuk Kursus Dalam Cuti)
|
Julai
|
1,8
dan 22
|
Ogos
|
5,12,19
dan 26
|
September
|
2,
16,23 dan 30
|
Oktober
|
21
|
November
|
24
(Untuk KDC)
|
Disember
|
Tiada
|
4. Menguruskan
permohonan keluar Negara
-
Secara individu
-
Secara
berkumpulan
5. Menyelaras
kutipan sumbangan khairat kematian/ musibah
-
Untuk pelajar
-
Untuk Ibu/ Bapa
6. Mengemaskini
maklumat pelajar asnaf
7.Menzirahi
pelajar di hospital/ rumah
-
Sakit
-
Kemalangan
-
Kematian
8.Menguruskan
penghantaran pelajar sakit
-
Ke Klinik
-
Ke Hospital
-
Ke Rumah
Saudari Siti Hafizah binti Mohd Yusopp di Kampung Tok Hin darat Kuala Kurau,
Perak.
-
Berdasarkan
buku daftar pelajar ke klinik atau hospital seramai 149 orang telah mencatatkan nama untuk urusan rawatan
9.Lain-lain
aktiviti
-
Derma Darah
25.1.2014 –Penderma lelaki seramai 62 orang dan perempuan seramai 79 orang berjumlah 141 orang penderma darah
-
‘Bone Health
Check’ oleh Anlene
-
Kerjasama
dengan Biro Kebajikan dan Sosial (BIKES) JPP antaranya ialah:
i. Perkhidmatan
bas ke KLIA
Unit Kebajikan dan
Sosial dengan kerjasama Biro Kebajikan dan Sosial JPP telah menyediakan
perkidmatan bas untuk ke KLIA bagi pelajar yang tinggal di Sabah atau Sarawak.
Perkhidmatan tersebut disediakan khas untuk pelajar pulang ke kampung halaman
masing-masing tanpa dikenakan bayaran ke atas mereka.
ii. Perkhidmatan bas ke stesen
kajang
Unit Kebajikan dan
Sosial dengan kerjasama Biro Kebajikan dan Sosial telah menyediakan perkidmatan
bas untuk ke Stesen Kajang bagi pelajar yang tinggal di utara dan pantai timur.
Perkhidmatan tersebut disediakan khas untuk pelajar pulang ke kampung halaman
masing-masing tanpa dikenakan bayaran ke atas mereka.
iii. Majlis
ifthar jamaie bersama ajk kebajikan
Unit
Kebajikan dan Sosial dengan kerjasama Biro Kebajikan dan Sosial 2014 telah
mengadakan majlis berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa (AJK ) di Restoran
Bandar Baru Bangi Tom Yam (BBB Tom Yam) pada 11 Julai 2014 yang lepas bersamaan
dengan 13 Ramadhan 1435 hijrah. Selain itu, pengerusi biro Kebajikan dan Sosial
iaitu saudara Naufal meminta kepada semua ahli jawatankuasa untuk berbincang
mengenai aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang tahun 2014.
iv. Ziarah rumah
pelajar kematian ahli keluarga
Unit Kebajikan dan Sosial dengan kerjasama Biro
Kebajikan dan Sosial telah melaksanakan ziarah ke rumah pelajar yang kematian
ahli keluarga. ziarah tersebut telah telah diadakan di Muar, Johor oleh salah
seorang pelajar bernama Muhammad Taufiq bin Masrikin @ Mohd Tarmizi ppismp ambilan Jun 2014. Objektif diadakan program ziarah tersebut adalah untuk
memberikan peluang kepada ahli jawatankuasa (ajk) kebajikan dan sosial untuk
membantu pelajar tersebut dari segi masa dan tenaga serta mengambil pengajaran
dan iktibar daripada ujian yang menimpa.