Jumaat, 15 Mei 2015

Contoh Laporan Unit Kebajikan dan Sosial


UNIT KEBAJIKAN DAN SOSIAL

1.Menyelaras Takwim Tahunan JHEP
2.Mengurus memo dan dan minit mesyuarat JK Perhimpunan Rasmi
3.Mengurus Perhimpunan Profesionalisme Pelajar/ Dialog Pelajar
4.Menyelia urusan aduan pelanggan intranet & secara terus
5.Urusetia JK Aduan Pelanggan
6.Mengurus dan mengemaskini Fail Peribadi Pelajar (berkaitan
   kebajikan)
7.Membantu urusan penyempurnaan fail peribadi pelajar
8.Membantu urusan Taklimat  Tapisan Keselamatan
9.Mengurus permohonan berkahwin, sambung kursus dan lawatan
   luar negara
10.Mengurus perlindungan takaful pelajar
11.Mengurus kebajikan pelajar sakit, kemalangan dan kematian
12.Menyelaras jemputan penceramah luar
13.Bersedia menerima arahan Ketua Jabatan Hal
    Ehwal Pelajar dari semasa ke semasa




LAPORAN AKTIVITI

1.Menguruskan caruman takaful untuk semua pelajar

-         Caruman tahunan bagi semua pelajar akan dikutip pada awal tahun bagi tahun 2014 seramai 955 orang pelajar telah dicarumkan bersama Syarikat Etiqa Takaful Berhad (266243D) iaitu Group Family Takaful
-         Setiap pelajar akan mencarum sebanyak RM 30.00 sahaja
-         Antara Manfaat Takaful ialah:
i. Kematian                                            RM 15,000.00
ii.Lumpuh/Hilang Upaya Kekal              RM 15,000.00
iii.Bayaran Perubatan                            RM   1,000.00
iv.Bayaran Pengkebumian                    RM   2,000.00

-         Antara sumbangan Takaful yang berjaya diuruskan ialah bagi kematian Puan Nurul Ain binti Abd Aziz pelajar
DPLI j-QAF Ambilan Jan 2013. Bagi kes ini suaminya En. Muhammad Muaz bin Mohd Subki telah menerima manfaat takaful bagi isterinya sebanyak RM 15,000.00 manfaat kemalangan yang meragut nyawa, RM 15,000.00 manfaat kematian dan RM 2,000.00 bagi urusan pengkebumian.
Penyampaian cek telah disempunakan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dr. Jefridin bin Pilus pada 12 September 2014 di Jabatan Hal Ehwala Pelajar. 

      2. Menguruskan permohonan nikah/berkahwin

Merujuk kepada Buku Peraturan Pelajar Institut Pendidikan      Guru terbitan Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar IPGM Edisi 2011 menyatakan bahawa,

Perkara  11: Berkahwin Semasa Pengajian
11.1 Pelajar tidak boleh berkahwin semasa berkursus kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah.
11.2 Permohonan berkahwin hendaklah dikemukakan kepada Pengarah tiga (3) bulan sebelum tarikh perkahwinan.
11.3 Semua urusan perkahwinan perlu mematuhi undang-undang perkahwinan yang diguna pakai di Malaysia.

-         Sehubungan dengan itu, Unit Kebajikan dan Sosial JHEP perlu mendaftarkan semua permohoan pelajar IPGKPI dengan mengemukakan permohoanan kepada pihak pengarah sebelum dipanjangkan kepada SHEPHL IPGM
-         Berakhir pada 13 November 2014 pendaftaran perkahwinan bagi pelajar IPGKPI adalah seperti berikut:

PISMP
DPLI
49
24
Jumlah
73

    3. Menyelaraskan semua perhimpunan rasmi
-         Berikut disenaraikan tarikh-tarikh  mengikut bulan bagi setiap perhimpunan mingguan dan bulanan seperti berikut:

Bulan
Tarikh Perhimpunan
Januari
7, 21
Februari
11, 18 dan 25
Mac
4 dan 11
April
1, 8, 15, 22 dan 29
Mei
6
Jun
28 (untuk Kursus Dalam Cuti)
Julai
1,8 dan 22
Ogos
5,12,19 dan 26
September
2, 16,23 dan 30
Oktober
21
November
24 (Untuk KDC)
Disember
Tiada

4.  Menguruskan permohonan keluar Negara

-         Secara individu
-         Secara berkumpulan

    5.  Menyelaras kutipan sumbangan khairat kematian/ musibah
-         Untuk pelajar
-         Untuk Ibu/ Bapa

    6.  Mengemaskini maklumat pelajar asnaf

    7.Menzirahi pelajar di hospital/ rumah
-         Sakit
-         Kemalangan
-         Kematian

    8.Menguruskan penghantaran pelajar sakit
-         Ke Klinik
-         Ke Hospital
-         Ke Rumah Saudari Siti Hafizah binti Mohd Yusopp di Kampung Tok Hin darat Kuala Kurau, Perak.
-         Berdasarkan buku daftar pelajar ke klinik atau hospital seramai 149 orang telah mencatatkan nama untuk urusan rawatan

      9.Lain-lain aktiviti
-         Derma Darah 25.1.2014 –Penderma lelaki seramai 62 orang dan perempuan seramai 79 orang  berjumlah 141 orang penderma darah
-         ‘Bone Health Check’ oleh Anlene
-         Kerjasama dengan Biro Kebajikan dan Sosial (BIKES) JPP antaranya ialah:

i. Perkhidmatan bas ke KLIA
Unit Kebajikan dan Sosial dengan kerjasama Biro Kebajikan dan Sosial JPP telah menyediakan perkidmatan bas untuk ke KLIA bagi pelajar yang tinggal di Sabah atau Sarawak. Perkhidmatan tersebut disediakan khas untuk pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing tanpa dikenakan bayaran ke atas mereka. 
         
          ii. Perkhidmatan bas ke stesen kajang
Unit Kebajikan dan Sosial dengan kerjasama Biro Kebajikan dan Sosial telah menyediakan perkidmatan bas untuk ke Stesen Kajang bagi pelajar yang tinggal di utara dan pantai timur. Perkhidmatan tersebut disediakan khas untuk pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing tanpa dikenakan bayaran ke atas mereka. 

iii. Majlis ifthar jamaie bersama ajk kebajikan
Unit Kebajikan dan Sosial dengan kerjasama Biro Kebajikan dan Sosial 2014 telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa (AJK ) di Restoran Bandar Baru Bangi Tom Yam (BBB Tom Yam) pada 11 Julai 2014 yang lepas bersamaan dengan 13 Ramadhan 1435 hijrah. Selain itu, pengerusi biro Kebajikan dan Sosial iaitu saudara Naufal meminta kepada semua ahli jawatankuasa untuk berbincang mengenai aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang tahun 2014.


iv. Ziarah rumah pelajar kematian ahli keluarga
        Unit Kebajikan dan Sosial dengan kerjasama Biro Kebajikan dan Sosial             telah melaksanakan ziarah ke rumah pelajar yang kematian ahli keluarga.         ziarah tersebut telah telah diadakan di Muar, Johor oleh salah seorang             pelajar bernama Muhammad Taufiq bin Masrikin @ Mohd Tarmizi ppismp         ambilan Jun 2014. Objektif diadakan program ziarah tersebut adalah                 untuk memberikan peluang kepada ahli jawatankuasa (ajk) kebajikan dan         sosial untuk membantu pelajar tersebut dari segi masa dan tenaga serta           mengambil pengajaran dan iktibar daripada ujian yang menimpa.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Blogroll

Anda Pengunjung ke

View My Stats

Site Info

Text

Misri Hj Bohari Blog Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template